Dalam perancangan awal tanah seluas 80 ekar adalah untuk pembinaan tapak baru Maktab Penguruan Mohd Khalid. Sekolah ini dirancang pembinaannya pada tahun 1995 yang bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di kawasan Bandar Tangkak dan kawasan yang berhampiran. Pada masa itu di Bandar Tangkak hanya terdapat dua buah sekolah menengah iaitu SMK Tun Mamat dan SMK Ledang.
Pertambahan pelajar terus meningkat dari tahun ke tahun kerana pertambahan jumlah penduduk. Kedua-dua buah sekolah beroperasi dalam dua sesi. Anggaran pelajar kedua-dua buah sekolah adalah melebihi 3,600 orang dan diharap dengan pembinaan SMK Seri Tangkak yang bersedia ada memandangkan SMK Sagil terletak jauh dari Bandar Tangkak.
SMK Seri Tangkak telah dibina di atas tapak tanah keluasan 15 ekar yang beralamat SMK Seri Tangkak (JEA 5040), Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. Tarikh mula pembinaan bangunan pada 28 Ogos 2000 dan siap pada tarikh 28 Ogos 2001. Tarikh penyerahan permis ini kepada JPN Johor pada 13 Disember 2001 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2002. Motto SMK Seri Tangkak ialah 'BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN'
Kami putra putri SEMESTA Jaya,
Bertekad, berikrar dan berjanji,
Bersama mencipta kecemerlangan,
Bersama menempuh segala rintangan.
Kami putra putri SEMESTA Jaya,
Cita kami seluas angkasa,
Tekad dihati bak best nan waja,
Usaha kami setiap masa dan ketika.
*Kami telah bertekad meneruskan segala,
Budaya yang mulia yang kami amalkan,
Kami teruskan Wawasan Pendidikan Negara,
Di tangan kamilah Malaysia akan Berjaya.
Pimpinilah kami pendidik sejati,
Padamu kami sandar harapan,
Ikhlas dan rela meneruskan bakti,
Jasa guru tetap kami jadikan sanjungan.
(ulang *)