TVPSS

TVPSS merupakan satu platform bagi murid untuk menonjolkan diri mereka dan mencungkil bakat murid dalam bidang kewartawanan, media dan pengacaraan. 

Aktiviti ini akan dapat memupuk kreativiti dan pemikiran kritis di kalangan murid serta mampu memberikan idea secara spontan. Program ini merupakan program yang fokus utama untuk membangunkan bakat dan kemahiran  murid-murid SMK Seremban 2. 

Di antara kemahiran dan bakat yang akan dibangunkan adalah berkaitan dengan kemahiran ICT, teknik penyampaian berkesan,  kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi.  Kemenjadian murid melalui program ini akan melahirkan modal insan yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.

KIT TV PSS