1.0 PENDAHULUAN
Kelab Guru dan Staf SMK Seremban 2 telah ditubuhkan seawal tahun 2003 lagi dan ia merupakan salah satu wadah untuk menyatu dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan dan guru-guru SMK SMK Seremban 2. Bagi meneruskan kecemerlangan profesionalisme guru-guru dan staf, Kelab Guru-Staf, SMK Taman Tuanku Jaafar telah merancang beberapa aktiviti sepanjang tahun 2011 ini. Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan hubungan kekeluargaan warga sekolah malah ia juga dapat dijadikan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga SMK Seremban 2
2.0 OBJEKTIF
Memberikan ruang kepada para guru dan staf SMK Seremban 2 untuk melakukan aktiviti bersama sepanjang tahun.
Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga guru dan staf SMK Seremban 2
Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga guru dan staf SMK Seremban, sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
KGS 2025
Teaser 3
Teaser 1
Teaser 2
Video Persaraan En Zulkifly
Video Persaraan Pn Byzura
Video Persaraan Pn B.Leela
KGS 2024