SEJARAH SEKOLAH

2003

TERKINI

Sekolah ini telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003 dengan menerima seramai 424 pelajar, 29 orang guru dan 6 orang kakitangan sokongan sebagai warga pertama. Datin Hjh Maznah Binti Yusof merupakan Pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh En. Jamil Bin Mohd Tahir sebagai Guru Penolong Kanan Akademik yang kemudiannya telah diganti oleh Pn. Hjh Sadariah Binti Md Jali pada bulan Julai 2003, En. Mad Pazir Bin Mad Ahair selaku Guru Penolong Kanan HEM dan En. Abdul Wahid Bin Abd.Ghani sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Tanggal 13 Oktober 2003, Dewan Sekolah telah dirasmikan oleh Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Abd. Aziz bin Ungku Abdul Hamid, maka dewan ini telah diberi nama Dewan Ungku Abdul Aziz. Sekolah ini turut dilengkapi dengan sebuah padang dan trek larian. Pada tahun 2004, bilangan pelajar meningkat kepada 720 orang, 46 orang guru, dan 8 orang kakitangan sokongan. Pada tahun tersebut sebuah kelas Pendidikan Khas telah dibuka dengan pengisian pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai masalah pembelajaran. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan pada 8 Mac 2007. Tahun demi tahun terdapat pertambahan dari segi bilangan pelajar, guru dan kakitangan sokongan. Sehingga kini jumlah pelajar adalah 1299 orang, dengan 89 orang guru dan 15 orang kakitangan sokongan.  

Kini, Pengetua disandang oleh Tn Hj Azizi Bin Zakraria,dibantu oleh En.Zamani Bin Disin Salam sebagai Guru Penolong Kanan Akademik, En. Zulkifly Bin Mohd Yusof memegang jawatan Guru Penolong Kanan HEM, En Mohd Ruhaidi Ikhwan bin Mohd Ruah sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Shahriman Bin Mohamad Noor sebagai GPK Petang dan Pn. Norhayati bt Mohamed memegang Jawatan sebagai GPK PPKI.