LATAR BELAKANG

SEJARAH

Sejarah penubuhan Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong (SMKSB) telah dibina pada tahun 1983 hasil usaha pengasasnya iaitu Tuan Hj. Ahmad Bin Ramli, Ketua Kampung batu 12 Sungai Burong. Pembinaan sekolah ini difikirkan amat perlu memandangkan lepasan pelajar sekolah rendah dikawasan ini terpaksa menyambung pelajaran menengah mereka ke sekolah yang terdapat di pekan Tanjong Karang. Keluasan sekolah ini ialah 1.8 ekar atau 0.73 hektar.

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1984 dengan bilangan pelajarnya seramai 200 orang dan bilangan gurunya pula seramai 12 orang. Pada masa ini, SMKSB telah mengalami banyak perubahan fizikal, bilangan pelajar dan bilangan gurunya. SMKSB telah dinaikkan menjadi sekolah gred A mengikut kategori luar bandar pada 01 Januari 1998 dan telah dirasmkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Pada tahun 2010 sekolah ini telah berpindah ke tapak bangunan baharu yang terletak di Lapis 3 Parit 3, Kampung Sungai Burong. Tapak sekolah baharu mempunyai keluasan kira-kira 11.72 ekar/4.74 hektar. Sekolah baharu ini mempunyai prasarana yang lebih lengkap berbanding sekolah yang lama.