WELCOME TO SMK (P) TAMAN PETALING
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sesebuah sekolah dan guru-guru di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik, hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pasti akan terganggu. Terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG di sekolah.
Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. Contohnya, setiap ibu bapa akan menyumbang wang untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu, lbu bapa juga dapat berjumpa dan bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam perjumpaan atau mesyuarat agung yang dijalankan, ibu bapa boleh memberikan cadangan atau membuat aduan tentang sesuatu perkara demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sudil menghadiri program PIBG akan memberikan gambaran kepada anak-anak tentang sikap ibu bapa yang prihatin terhadap diri mereka.
PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guruÂguru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Contohnya, pihak PIBG perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka. Antara program-program yang boieh diadakan ialah Majlis Hari Terbuka dan Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru baik, maka para pelajar akan berasa gembira kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil berat tentang kemajuan pelajaran mereka.
Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad.
Pihak PIBG boleh membantu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan asas danpembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan daripada kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian kadangkala peruntukan ini kurang mencukupi dan bantuan daripada PIBG amat diharapkan. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak PIBG dengan pihak sekolah.
Di samping itu, pihak PIBG juga boleh menjadi orang tengah dalam sesuatu masalah yang berlaku antara ibu bapa dengan guru. Kerjaya guru memang penuh dengan cabaran dan kadang-kadang guru boleh hilang kesabaran dalam berhadapan dengan pelajar yang bermasalah. Dalam sesetengah kes, ada pihak ibu bapa yang marah dengan guru yang mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Terdapat juga kes disiplin pelajar yang dilaporkan kepada pihak polis yang sedang menunggu tindakan mahkamah diambil. Dalam menghadapi masalah ini, pihak PIBG boleh memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sesebuah sekolah dan guru-guru di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik, hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pasti akan terganggu. Terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG di sekolah.
Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. Contohnya, setiap ibu bapa akan menyumbang wang untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu, lbu bapa juga dapat berjumpa dan bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam perjumpaan atau mesyuarat agung yang dijalankan, ibu bapa boleh memberikan cadangan atau membuat aduan tentang sesuatu perkara demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sudil menghadiri program PIBG akan memberikan gambaran kepada anak-anak tentang sikap ibu bapa yang prihatin terhadap diri mereka.
Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk memastikan matlamat falsafah pendidikan negara - melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif. Program tersebut berusaha untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi membimbing dan mendidik pelajar. Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah.
Namun, kita masih kurang memberi perhatian terhadap sarana ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam pembelajaran dan pendidikan. Pelajar menggunakan masa yang lebih banyak bersama-sama ibu bapa dan masyarakat. Oleh sebab itu, ibu bapa dan masyarakat wajar memainkan peranan mereka untuk mendidik anak dengan lebih berkesan.
Ibu bapa bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar di rumah dengan lebih selesa, malah wajar menyediakan emosi dan jiwa untuk belajar kepada anak-anak. Ibu bapa wajar memberi kasih sayang melalui tutur kata bersemangat, tindakan, sentuhan serta bimbingan untuk membentuk disiplin belajar yang baik. Sarana tersebut dapat melahirkan kesediaan anak-anak untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.
Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi sumbangan secara langsung terhadap pembelajaran anak- anak di sekolah. Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa khas dibentuk untuk mengumpul maklumat tentang sarana ibu bapa, dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat program ini.