WELCOME TO SMK (P) TAMAN PETALING
SMK Perempuan Taman Petaling telah dibina pada bulan Oktober 1965
Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai 3 kelas Peralihan untuk murid perempuan dan 2 kelas Tingakatan 1 untuk murid lelaki. Pentadbiran sekolah pula terdiri daripada 270 orang murid yang diketuai oleh Cik Alberta Dawson. Pada tahun 1983 pula, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan.
Bangunan asal sekolah terdiri daripada Blok A, B dan C. Dari tahun 1980-1985, Rancangan Lima Tahun bagi perkembangan fizikal sekolah telah dimulakan. Blok D telah dibina pada tahun 1982 yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains dan sebuah perpustakaan
Pusat Sumber pula dibuka secara rasmi pada 5 April 1984 dan pada tahun 1985, dewan serbaguna siap dibina. Sekolah juga telah membina Anjung Bestari pada tahun 2000.
Pada 18 Mei 1999, SMK(P) TP dianugerahkan "Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri” dan pada tahun 2003, makmal komputer telah siap dibina.
Selain daripada itu pada tahun 2007 tandas murid dan guru telah dinaik taraf dan setahun kemudian iaitu pada tahun 2008, surau dan pondok pengawal telah dibina semula.
VISI DAN MISI SEKOLAH
Virtual Cultural Exchange Programme
SMKPTP vs. Dongpae Middle School (2023)
TEKNIK MENJAWAB SPM SECARA HYBRID
PANITIA PENDIDIKAN MORAL