DASAR DAN KETETAPAN PENGURUSAN UNIT KURIKULUM
1.0 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
1.1 Murid-murid berhak mendapat apa-apa yang sepatutnya dipelajari dalam kelas. Oleh itu guru bertanggungjawab memastikan PdPc dilaksanakan dengan berkesan.
1.2 Menepati masa ke kelas amat dituntut kerana masa PdPc adalah hak murid-murid.
1.3 Sekiranya guru tiada di sekolah kerana berkursus / cuti rehat / menghadiri mesyuarat / menjalankan tugas di luar, guru harus menyediakan bahan untuk kelas berkenaan untuk diambil alih oleh guru ganti.
1.4 Guru bertanggungjawab menggantikan kelas yang ditinggalkan dan menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan.
1.5 Guru perlu melindungi masa instruksional - pastikan guru-guru membuat persediaan sebelum masuk ke kelas. Kepentingan murid perlu diutamakan.
2.0 WAKTU PEMBELAJARAN dan PEMUDAHCARAAN (PdPc)
2.1 Guru masa pertama hendaklah masuk ke kelas bersama-sama murid dan pastikan kelas berada dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif, bilangan murid akur dengan kehadiran murid dan dicatatkan dalam google form Kawalan Kelas (MyKK) sebelum PdPc dimulakan.
2.2 Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan.
2.3 Guru dilarang meninggalkan kelas untuk apa-apa tujuan kecuali kes-kes kecemasan dan perlu maklumkannya kepada Pengetua / Penolong Kanan yang berkenaan.
2.4 Guru yang berkesan adalah guru yang membuat persediaan untuk menjalankan PdPc selepas memastikan kelas dalam keadaan bersih dan tersusun serta kondusif.
3.0 REKOD PENGAJARAN HARIAN (RPH)
3.1 RPH ialah dokumen rasmi yang perlu disediakan setiap kali sebelum memulakan sesi PdPc.
3.2 RPH yang disediakan hendaklah selaras dengan DSKP dan RPT. Format penulisan RPH hendaklah diselaraskan mengikut Panitia Mata Pelajaran.
3.3 RPH ialah dokumen yang membantu dalam menyedia danmelaksanakan Keberhasilan (PBPPP).
3.4 Semua guru WAJIB menghantar e-RPH untuk disemak pada hari Jumaat ke folder google classroom Penyemak yang telah ditetapkan.
4.0 REKOD PERKEMBANGAN MURID (RPM)
4.1 RPM WAJIB disediakan oleh guru mata pelajaran bagi setiap kelas yang diajar dan perlu dibawa setiap kali waktu PdPc.
4.2 Guru Mata Pelajaran mesti merekod Tahap Penguasaan (TP) Murid setiap kali Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dibuat.
5.0 BUKU LATIHAN / NOTA MURID / BUKU KERJA
5.1 Dokumen tersebut hendaklah sentiasa disemak dengan teliti dan dikembalikan kepada murid.
5.2 Guru perlu menurunkan tandatangan dan ulasan ringkas serta tarikh dalam dokumen yang telah disemak.
5.3 Pentadbir sekolah akan menyemak dokumen tersebut mengikut jadual yang dinyatakan dalam takwim Kurikulum.
6.0 WAKTU TIDAK MENGAJAR ( NON TEACHING PERIOD)
6.1 Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 1981 menjelaskan bahawa non teaching period adalah waktu bekerja. Oleh itu waktu ini perlu digunakan untuk membuat perancangan PdPc, menyemak kerja murid, menyediakan BBB, melaksanakan PLC, membuat rujukan berkaitan bahan-bahan PdPc dan menulis e-RPH.
6.2 Guru boleh menggunakan masa ini untuk berbincang secara profesional dengan rakan sejawat mengenai isu / masalah murid, perancangan PdPc, masalah akademik, panitia dan kokurikulum atau mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah.
6.3 Guru boleh diberi tugas menggantikan guru yang tidak hadir di sesebuah kelas.
7.0 GURU GANTI
7.1 Guru perlu MEMATUHI Jadual Waktu Kelas Ganti yang dikongsikan dalam Telegram TPBersihcantik.
7.2 Guru WAJIB MASUK KE KELAS dan melaksanakan PdPc.
7.3 Guru perlu merekodkannya dalam e-RPH.
8.0 TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN AWAM
8.1 Tugas mengawas peperiksaan awam adalah tanggungjawab semua guru kecuali guru sarat mengandung, sakit yang serius atau sedang berkursus.
8.2 Guru yang telah dilantik sebagai pengawas peperiksaan awam tidak boleh bercuti.
8.3 Guru mesti melaksanakan tugas pengawasan dengan penuh etika dan tanggungjawab.