Matlamat utama Unit Akademik atau Kurikulum di SMK (P) PUDU ialah ingin
melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang murni dan positif supaya dapat memberikan sumbangan yang berfaedah kepada diri, keluarga, sekolah, masyarakat, agama dan negara.
mencapai tahap kecemerlangan dalam setiap peperiksaan khasnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dengan itu, pelbagai program dirancang dan dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan matlamat tersebut. Pihak sekolah khasnya guru-guru sangat berharap semua murid dapat mencapai tahap akademik yang terbaik bagi setiap individu tanpa membezakan tahap IQ murid tersebut.
SMK (P) PUDU menyokong sepenuhnya segala inisiatif yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin melahirkan insan yang berfungsi ditengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat.