Harapan utama Unit Kokurikulum SMK (P) PUDU ialah menekankan penglibatan murid secara menyeluruh melalui penglibatan aktif apa jua aktiviti yang menyerlahkan potensi dan bakat murid-murid.

Dengan bantuan mahir guru-guru serta semangat murid-murid, SMK (P) PUDU sentiasa memberi yang terbaik dalam apa jua penyertaan. Contohnya Kejohanan Olahraga, Pertandingan Forum, Perkhemahan Unit Beruniform, Pertandingan Sukan dan Permainan serta aktiviti-aktiviti yang membantu murid menonjolkan kebolehan mereka selain daripada bidang akademik.