Modul ini didasarkan kepada buku Michael Fullen et al. (2014) tentang bagaimana Pembelajaran Bermakna dapat mendefinisikan segala gerak kerja murid, guru & komuniti menjayakan KmR dengan menggunapakai kapasiti pedagogi dan model-model yang disyorkan. Modul ini juga memfokuskan bagaimana SLT semestinya bergerak sederap bersama bagi merealisasikan pembelajaran bermakna berlaku dalam persekitaran sekolah masing-masing. Intipati Modul 7 adalah seperti berikut:
Mentakrifkan konsep Pembelajaran Bermakna yang telah berlaku dalam kalangan murid semasa melaksanakan PBL bagi menjayakan KmR.
Mengguna pakai Kompetensi Pembelajaran Bermakna (6C) bagi mengukur aspek kemenjadian murid.
Membina laman web Sistem Pengurusan Pembelajaran yang memaparkan bukti-bukti digital kolaborasi murid, guru dan komuniti melaksanakan PBL bagi menjayakan KmR.
MODUL INI KHUSUS BAGI GURU BAHASA INGGERIS SEKOLAH TS25 DALAM MEMANTAPKAN KEMAHIRAN DAN PEDAGOGI ASAS PDP DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH LUAR BANDAR