Pengenalan

Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) adalah sebuah platform pendidikan secara atas talian untuk kegunaan semua guru dan murid di Malaysia. Ia dibangunkan khusus untuk guru dan murid dalam era pengajaran dan pembelajaran digital masa kini.

Ia adalah bertepatan dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2012-2025 Anjakan ke 7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia.