SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Nama asal Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan ialah LOWER SECONDARY SCHOOL yang telah ditubuhkan pada tarikh 1/1/1970, kemudian ditukarkan pula kepada nama SEKOLAH MENENGAH RENDAH, JALAN GENUANG, SEGAMAT. Pada tahun 1981 nama Sekolah Menengah Rendah telah ditukar kepada nama SEKOLAH MENENGAH PADUKA TUAN. Sehingga tahun 1988, nama sekolah ditukar menjadi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADUKA TUAN.
Nama Paduka Tuan adalah diambil sempena nama seorang tokoh terkenal di zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Tokoh terkenal itu ialah Bendahara Paduka Tuan. Beliau adalah Bendahara Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang ke-6. Beliau telah dilantik menjadi bendahara pada tahun 1510 dengan gelaran Bendahara Paduka Tuan. Di samping itu, beliau juga mempunyai gelaran lain seperti Bendahara Tepuk dan Bendahara Lubok Batu. Nama sebenarnya ialah Tun Pekerma, anak kepada Tun Perak, iaitu Bendahara Paduka Raja (Bendahara Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang ke-5). Ibu Tun Pekerma ialah Tun Fatimah. Tun Pekerma mempunyai adik-beradik iaitu Tun Pakerama, Tun Telani dan Tun Besar. Tun Pekerma telah menjadi bendahara semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Banyak jasa yang telah disumbangnya kepada Melaka dan telah berkhidmat dengan cmerlang dan pewira berjiwa waja. Beliau telah menyertai ayahnya Tun Perak mengalahkan tentera Pasai dan Manjong atau Beruas. Beliau juga mempertahankan Melaka dari serangan Portugis. Dalam keadaan yang lumpuh kerana ketuaan, beliau masih menjadi penasihat kepada Sultan Melaka dan kepada Pembesar-pembesar Melaka.
LOGO SMK PADUKA TUAN
LAGU SMK PADUKA TUAN