GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN & KURIKULUM
GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN & KURIKULUM
Unit Kurikulum SMK Padang Tengku merupakan nadi penggerak utama dalam proses kemenjadian pelajar bermatlamat membentuk satu modal insan yang berilmu. Kami sentiasa bersedia dan berani menghadapi cabaran pendidikan yang semakin bersifat global. Visi unit kurikulum ialah ‘Kemenjadian Murid Secara Holistik Menjelang 2025’. Bagi merealisasikan visi ini, sekolah amat komited dengan misi ‘Memperkasa Ilmu Pengetahuan, Bakat Kepimpinan, Kecenderungan dan Kebolehpercayaan, Akhlak dan Sahsiah Pelajar untuk Menuju Kecemerlangan' dalam mengharungi perubahan proses pendidikan di norma yang baru. Sumber manusia digunakan secara optimum dengan pelbagai kepakaran yang ada pada setiap guru untuk melahirkan insan yang cemerlang. Unit kurikulum juga menyasarkan untuk mencapai keputusan 100% lulus dalam peperiksaan SPM dan menguasai tahap minimum dalam PT3. Sasaran ini sudah tentu memerlukan kerjasama semua guru dan pihak PIBG yang sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan sekolah.
Perubahan kurikulum kepada KSSM dipikul bersama seiring dalam Transformasi Pendidikan Negara. KSSM merupakan kurikulum kebangsaan yang bersifat holistik dapat menanggani cabaran semasa dan juga masa depan. Penilaian yang menyeluruh iaitu ‘School Based Assesment’ atau Pentaksiran berasaskan Bilik Darjah (PBD) diaplikasikan sepenuhnya di sekolah ini. Sasaran PBD sekolah adalah pencapaian 10% pelajar memperolehi band 6 dalam setiap mata pelajaran.
Unit ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan melalui pelaksanaan program-program kecemerlangan. Objektif unit kurikulum SMKPT adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan selaras dengan aspirasi negara.
CARTA ORGANISASI KURIKULUM