Bismillahirrahmanirrahim...
Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita dapat bertemu kembali bersama-sama bagi memacu kecemerlangan SMK Kem Terendak (SMKKT) yang dicintai.
Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan di SMKKT bagi meneruskan agenda pendidikan negara yang kita sayangi seiring dengan lafaz ikrar keramat profesion keguruan yang kita sanjungi. Selamat bertugas kepada semua guru dan Angota Kakitangan Pelaksana (AKP) pada sesi 2024/2025. Semoga SMKKT terus cemerlang dan gemilang dalam semua bidang.
Setiap cabaran dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta usaha untuk memartabatkan kualiti pendidikan bagi membentuk insan yang seimbang, akan sama-sama kita tempuhi dengan penuh iltizam dan komitmen yang padu.
Justeru itu amalan baik guru-guru dalam meningkatkan kemenjadian murid SMK Kem Terendak perlu terus tekal sepanjang waktu. Berpegang kepada matlamat strategik KPM iaitu meningkatkan kemenjadian murid dan mewujudkan sekolah berkualiti bersesuaian dengan ungkapan berikut yang perlu kita hayati:
“Pendidikan yang sebenar adalah praktis, tindakan dan refleksi untuk mengubahnya. (Poulo Freire, 1997)”
Dalam menghadapi era globalisasi dan amalan pendidikan yang penuh mencabar ini, semua warga SMKKT perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain itu tatakelola yang cekap dan permuafakatan antara ibu bapa, komuniti setempat, pemegang taruh bersama guru-guru merupakan tunjang penting bagi melahirkan kejayaan pendidikan yang lebih cemerlang dan gemilang.
Akhir kata daripada saya, bersama-samalah kita menempuh cabaran pendidikan bagi tahun 2024/2025 dengan satu tekad, satu semangat dalam satu pasukan. Semoga semua usaha dan komitmen murni warga pendidik dan AKP SMKKT akan membantu melahirkan generasi modal insan cemerlang dan gemilang untuk negara Malaysia yang tercinta ini.
“LASST UNS ALLE GEHEN”
’GET EVERYONE GOING’
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
#JPNMelakaBITARA
#smkkemterendakgemilang