PENGENALAN
PENGENALAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT
SMK Jalan Empat terletak di bawah pentadbiran PPD Hulu Langat dan beralamat di Jalan 4/10, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Sekolah ini mempunyai 48 kelas, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Jumlah keseluruhan murid yang terkini sebanyak 1,478 orang murid dan 93 orang guru.
Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 2003. Keluasannya berjumlah 31,125 meter persegi.
FALSAFAH SMK JALAN EMPAT
IKRAR DAN LAGU SMK JALAN EMPAT
Maka kami rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Sepenuh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
Berdasarkan atas
Prinsip-prinsip yang berikut;
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Kami
Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat
Mengaku bahawa
Kami akan
Taat kepada Tuhan
Setia kepada Raja
Dan patuh kepada Undang-Undang Negara
Kami akan bertanggungjawab
Memartabatkan imej sekolah
Menjadikan sekolah antara yang
Terbaik di Malaysia
Dan menjadi pelajar yang
Berdisiplin, produktif, inovatif
Serta berketrampilan.
Kami berikrar akan menumpukan
Sepenuh perhatian
Kepada pelajaran
Dan mencapai
Keputusan cemerlang
Dalam semua peperiksaan.
Kami berjanji akan
Mengikuti segala peraturan disiplin
Aktiviti kurikulum dan kokurikulum
Yang dirancang oleh pihak sekolah
Dengan penuh tanggungjawab
Sesungguhnya, inilah ikrar kami selama
Menuntut di sekolah ini.
JANJIKU DI SINI
Di sini
Kita semua berjanji
Pada diri sendiri
Menggapai seribu impian
Di hatiku takkan berundur diri
Walau onak dan duri
Menantiku di hari-hari yang pasti
Oh teman marilah kita
Bersama menuju cita
Eratkan perhubungan sesama kita
Tanamkan saling percaya
Suburkan akhlak mulia
Semoga kita mendapat keberkatan-Nya
Ayah, ibu dan guru-guru
Redakan ilmu yang kau beri
SMK Jalan Empat terus maju
Cemerlang gemilang terbilang
SMK Jalan Empat terus maju
Cemerlang gemilang terbilang.