E- RPH (PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN SECARA ‘ONLINE’)
• E-Fail/e-Persediaan Mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
• E-Fail/e-RPH ini hendaklah di’send’kan kepada Pengetua/ Guru Penolong Kanan/ Guru Kanan Mata Pelajaran pada setiap minggu sebelum jam 11.59 malam setiap hari Sabtu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.
• Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu: Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama Pelajar, Markah Ujian, TOV dan ETR Pelajar dan maklumat - maklumat lain di ruangan yang disediakan.
• Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak Rancangan Pengajaran dan Sukatan Pelajaran di dalam e-RPH.
• Format terkini KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan e-RPH.
• Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam e-RPH perkara berikut:
1. Mata pelajaran yang diganti
2. Tingkatan
3. Masa
• E-Fail/e-RPH adalah dokumen yang membantu dalam penyediaan dan evidens untuk borang keberhasilan dan SKPMG2 Standard 4
• Jika seseorang guru bercuti, e-fail/e-RPH tersebut hendaklah di’send’kan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, untuk urusan guru pengganti.
• E-Fail/e-RPH hendaklah di’send’kan ke Pengetua/Guru Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran pada hari terakhir tahun persekolahan.