SMK Durin telah ditubuhkan pada 3 Januari 1979 dengan nama asalnya SMK LUAR BANDAR No.2 dan menumpang di bangunan SRK Batu 15, Jalan Oya. SMK Durin telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Khalil Yaakub iatu Timbalan Menteri Pendidikan pada 24 Ogos 1983. Pada peringkat awal penubuhan, bilangan kakitangannya terdiri daripada seorang pengetua, 12 orang guru, seorang penyelia asrama, kerani, pembantu makmal, tukang kebun, penunggu pejabat dan 3 orang tukang masak. sementara itu, jumlah pelajar ialah seramai 289 orang dan daripada jumlah tersebut, seramai 253 orang pelajar tinggal di asrama. mereka ditempatkan di dalam dua buah bangunan asrama dan mempunyai kemudahan sebuah dewan makan. Bangunan sekolah pada masa tersebut diperbuat daripada kayuyang mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik guru dan 3 buah kuarters guru. Pada tahun 2002, SMK Durin mula membuka kelas untuk pelajar aliran sains. Kelas Tingkatan Enam pertama telah dimulakan pada tahun 2005 dengan jumlah pelajar seramai 101 orang. Pada tahun 2007, sebuah makmal komputer yang lengkap dengan 20 buah komputer telah dibina.