SELAMAT DATANG KE GOOGLE SITE SMK DURIN. (KEMASKINI 20.12.2023)
SELAMAT DATANG KE GOOGLE SITE SMK DURIN. (KEMASKINI 20.12.2023)
2
3
1
Lukisan terbaik wajah Tunku Abdullah Rahman untuk Pertandingan melukis wajah Bapa Kemerdekaan sempena Minggu Akademik (Kemanusiaan) anjuran Panitia PSV.Tahniah kepada semua pemenang
Jumaat 10 pagi..
1. Santai berehat bersama pelajar. Biar mereka terasa dihargai dan disayangi. Merekalah pelajar, teman dan sahabat. Saya anggap mereka semua sebagai anak.
2. Tanggungjawab saya untuk memastikan mereka sentiasa diambilberat. Akademik, Kokurikulum, Displin dan kesihatan.
3. Walaupun dalam serba kekurangan namun kami tetap berusaha utk membaiki kekurangan. 💪💪💪💪.
4. Hari ini semua pelajar asrama akan balik hujung minggu selepas tamat kelas 11.30. Saya minta ibu bapa ingatkan anak2 untuk belajar, buat ulangkaji dan latihan di rumah.
Ikhlas drp
Pengetua.
9 Ogos 2022.Pertandingan membina dan menerbangkan Origami Boomerang sempena Minggu Akademik Bidang Sains dan Matematik
10/8/2022 Kelas Intervensi Sains Tingkatan 5
Cikgu Jenny anak Mark
Cikgu Yap Tai Lai
Cikgu Mohd Azerule Bin Abdul Rani
10 Ogos 2023 Aktiviti Explorace Minggu Sains dan Matematik
Anjuran Panitia Matematik
Bidang Sains dan Matematik
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
Kelas Intervensi Sejarah dan Matematik
Pukul 2:00 hingga 3:00 pm
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat memberikan khidmat extra membantu pelajar. Cikgu mungkin letih tetapi Tuhan akan balas keletihan cikgu dengan nikmat dan kesejahteraan hidup, dibebaskan dari masalah, diberikan kesihatan, dihadiahkan dengan zuriat dan pasangan yang hebat. Insya-Allah.
Terima kasih kepada ibu bapa yang memahami usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan adalah untuk kejayaan dan masa depan mereka. Anak ialah harta kepada semua ibu bapa. Terima kasih kerana mempercayai guru-guru di SMK Durin untuk mendidik anak tuan-tuan dan puan-puan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan SMK DURIN atas kejayaan mendapat keputusan Naib Johan dalam Pertandingan Kuiz Perniagaan BIZCHALLANGE yang dianjurkan oleh UCSI College pada peringkat Kebangsaan.Untuk makluman ketiga2 murid ini dibimbing oleh Cikgu Anne Lee Chai Ping. TAHNIAH diucapkan sekali lagi kepada;
1. Nikcles Chendang
2. Sophia Mona
3. Harlina Bandong
Semoga kejayaan mereka ini membuka lebih ramai bakat murid-murid SMK DURIN. Semoga juga ibu bapa turut memberikan sokongan dan dorongan atas pencapaian dan kebolehan anak2. Sama2 kita majukan anak2 dan SMK DURIN ke arah kecemerlangan.
Terima Kasih kepada YB Dato Seri Tiong King Sing, VIP, Ketua Masyarakat dan ibu bapa sereta penjaga pelajar yang hadir ke Mesyuarat PIBG yg berlangsung pagi tadi.
Sesungguhnya kehadiran ibu bapa / penjaga pelajar yang hadir pagi tadi memberi semangat kepada guru-guru SMK Durin berkhidmat dengan lebih gigih.
Kekurangan kemudahan tidak mematahkan kami untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk anak-anak pelajar SMK Durin.
Sudi-sudikan datang bila ada masa terluang melawat anak dan berjumpa dengan guru-guru. Selepas ini kita akan ada Hari Muafakat. Datanglah berbincang hal akademik anak-anak
Kejohanan Olahraga MSS Sibu telah sampai diperhujung. Atlet SMK DURIN telah meraihkan beberapa pingat 🥇🥈🥉dan sekaligus telah melayakkan 4 orang atlet daripada DURIN mewakili sibu ke peringkat Sarawak.
Emas
1. Maybelline 800m
2. Anastasia Urai 400m
3. Helena Santa 200m
Perak
1. Marsyaliana 100m
2. Azammiral 100m
3. Kamarulnizam Cakera
4. Emmanuel Ansi Cakera
Gangsa
1. Steven Bentai L.Jauh
2. Christostom Peluru
Atlet yg mewakili Sibu
1.Anastasia Urai,
2.Helena Santa,
3.Marsyaliana
4.Azammiral
Tahniah diucapkan kepada pasukan Olahraga sekolah dan Jurulatih yg bertungkus lumus melatih para atlet. MSS SIBU 2022
Pertandingan Sepak Takraw MSS Bahagian Sibu yang dipertandingkan pada 7-8/7/2022 di Dewan Nanga Durin. Penganjurnya SMK Durin. Keputusannya, bagi
Kategori 18TKB
JOHAN : SMK Durin C
NAIB JOHAN : SMK DURIN B
KETIGA : SMK SUNGAI MERAH
KEEMPAT : SMK DURIN A
Kategori 15TKB
JOHAN : SMK DURIN B
NAIB JOHAN : SMK SEDAYA A
KETIGA : SMK JALAN OYA
Syabas dan tahniah kepada pemenang. Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua En.Puten Anak Gaong, PKKK, Onglee bin Jeminuddin, Jurulatih Kennedy Anak Wong bersama-sama Saya, Cikgu Meluda Anak Bantan semua barisan penolong Kanan, semua AJK, rakan guru Yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan kejohanan ini. Sekian terima kasih.
Sambutan Ngilang Bidai Pelajar Asama 2022
(25 JUN 2022)
Majlis Graduasi Tingkatan 6 SMK DURIN buat Julung kalinya diadakan pada 23 Jun 2022 bertempat di Dewan Adiwarna. Seramai 19 orang murid Tingkatan 6 sesi 2021 telah menerima sijil tamatnya Tingkatan 6 pada hari ini. Semoga selepas ini anak-anak ini akan memperolehi lebih banyak kejayaan di masa hadapan🙏🙏🙏. Tahniah anda semua sudah graduate .
PENCAPAIAN SPM 2021. TAHNIAH ATAS SEMUA PENCAPAIAN ANDA SEMUA.
Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang peringkat sekolah pada 27 April 2022(RABU) yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua ,En.Puten Gaong bersama PKKK, En. Onglee bin Jeminuddin dan PKT6,En. Wong Miew Ming.
Pelaksanaan Program ini berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 4/2012 dengan memberikan penegasan mengenai konsep guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian,dijaga,dibimbing ,dihargai kewujudannya dan disayangi.
Menerusi tradisi kecemerlangan,mendidik dengan penuh kasih sayang.
#GuruPerihatin
Penyerahan Sumbangan Penyumbang
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu kepada anak yatim muslim sempena bulan Ramadhan Tahun 2022.
Nama Pelajar: Mohamad Azmie bin Abdullah
Kelas: 5 Mutiara
Semoga diberkati
Tarikh: 23 April 2022 (Sabtu)
Peristiwa: Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber
Senarai Guru Terlibat
----------------------
1. Puan Poline Kong
2. Puan Melika Nyambong
3. Puan Liong Siok Ai
4. Cik Juriana Binti Ismail
5. Cik Vickneswari A/P Raju
#GuruPerihatin
Terima Kasih Cikgu Zul Farihin Penolong Kanan Pentadbiran SMK Durin yang telah memberi sumbangan kpd seorang pelajar kita pagi tadi.
Minggu lepas Cikgu Freddie Penolong Kanan HEM telah membantu pelajar ini. Kita sedaya upaya membantu pelajar kita. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar ini meneruskan persekolahan.
Sekitar Gambar Program Jom Membaca Selama 10 Minit untuk semua Warga SMK DURIN pada 21 April 2022.