SELAMAT DATANG KE SMK AGASEH TS25
Pelajar tidak dari keluarga yang ada dalam proses pui(person under investigation), pus( person under surveillance) dan kuarantin
Pelajar mematuhi arahan naik kenderaan
Persendirian/Awam:
Ikut penjarakkan sosial
dalam kenderaan yang
dikeluarkan oleh KKM Dan
MKN
Pelajar wajib mematuhi jarak antara satu sama lain ketika menaiki pengangkutan awam
Mengingatkan diri mematuhi peraturan utama iaitu tidak ada sentuhan fizikal antara rakan-rakan dan orang awam
Pastikan buku dan peralatan dibawa ke sekolah adalah lengkap
jika deman/sakit yang belum mendapat rawatan tidak perlu datang sekolah(mesti dapatkan rawatan hospital/klinik sebelum boleh ke sekolah)
Pelajar digalakkan memakai mask (3 lapis-standard)
Pelajar digalakkan membawa sabun antiseptic pencuci tangan/hand sanitizer sendiri
beratur di luar pintu sekolah
Suhu akan diambil (pastikan jarak 1 meter antara satu sama lain ketika berada di pagar sekolah)
Pelajar yang demam, selsema atau batuk diminta terus ke hospital (suhu 37.5 ke atas)
Selepas suhu diambil, pelajar diminta mencuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer
Pelajar dilarang duduk di lapangan sekolah dan wajib terus bergerak ke kelas sahaja
Tidak ada pergerakan pelajar ke kelas lain dengan apa-apa tujuan sekalipun meminjam buku atau apa-apa peralatan pembelajaran
Sentiasa menjaga jarak 1 meter antara satu sama lain di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah
hanya bergerak ke kelas dan tidak singgah untuk duduk di mana-mana kawasan sekolah.
Tidak dibenarkan bertukar-tukar kerusi dan meja
Sentiasa bersih semasa bersihkan meja dan kerusi sebelum memulakan kelas dengan hand sanitizer
Tidak ada sentuhan fizikal termasuklah bersalaman
Tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar ke tandas berdua-duaan
Buang sampah ke tempat yang disediakan (tong sampah)
Haruslah mematuhi peraturan berbaris ketika di pusat sumber/makmal ICT/ dan jarak 1 meter terpakai untuk semua pelajar.
Pelajar wajib beratur dan mematuhi jarak ketika keluar dari kelas dan keluar dari kawasan sekolah
Sentiasa memastikan tidak ada sentuhan fizikal termasuk bersalaman dengan rakan-rakan atau orang awam yang lain.
Wajib terus balik ke rumah tanpa singgah ke mana-mana kawasan lain
Basuh tangan dengan sabun /hand sanitizer sebelum masuk ke dalam rumah
Mandi dengan bersih dan bersabun sebelum bergaul dengan ahli keluarga