SELAMAT DATANG KE SMK AGASEH TS25
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu di ruang yang amat bermakna sebagai pengenalan permulaan untuk kita bersama.
Selamat datang ke laman sesawang Agaseh dan terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk mengenali Smk Agaseh.
Sekolah ini melaksanakan program Tranformasi Sekolah TS25 kohort 3.0 KPM bermula pada 2018 selari dengan PPPM 2013-2025 dengan hala tuju merealisasikan kemenjadian murid dan kualiti sekolah.
Tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di sekolah rendah dan kini meneruskan langkah ke sekolah menengah. Banyak perkara dalam proses pendidikan formal yang perlu anak-anak pelajari. Semoga sekolah ini menjadi taman pembelajaran anak-anak untuk menimbah ilmu bagi mencapai intipati FPK iaitu setiap insan berpotensi dan mempunyai peluang untuk mencapai kesejahteraan melalui pendidikan.
InsyaAllah kesediaan anak-anak untuk menimbah ilmu dan membuka ruang minda yang cerdas serta berbekalkan jati diri yang mantap dengan disulami kasih sayang ibu bapa dan penjaga kita akan dapat mencapai kecemerlangan bersama.
Semoga anak-anak terus cekal berusaha dan bertanggungjawab untuk mencapai cita-cita.
Sama-sama kita menghayati dan mengamalkan slogan Agaseh di bawah dalam jiwa dengan penuh dedikasi dan bersemangat :
Sayangi Agasehku
Rajin, sopan, bersih kemas,
Standing up as a champion
Sekian, terima kasih.
KLIK BUTANG DI BAWAH BERKAITAN NORMA BAHARU YANG DIAMALKAN DI SMK AGASEH