SMK Hillcrest komited mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, beretika dan sejahtera untuk semua warga sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah dengan tegas mengamalkan dasar SIFAR BULI dan BEBAS DARIPADA GANGGUAN SEKSUAL dalam apa jua bentuk.
🔴 Buli merangkumi perbuatan fizikal, lisan, emosi, sosial serta buli siber.
🔴 Gangguan seksual meliputi kata-kata, isyarat, sentuhan, mesej, gambar atau perlakuan yang tidak senonoh dan tidak diingini.
❗️ Sebarang bentuk perlakuan ini adalah DILARANG SAMA SEKALI dan akan dikenakan tindakan tegas mengikut peraturan sekolah dan undang-undang sedia ada.
📢 Saluran Aduan & Bantuan
Sekiranya anda menjadi mangsa atau menyaksikan kejadian buli atau gangguan seksual:
Laporkan kepada guru kelas / guru disiplin / kaunselor sekolah.
Aduan akan dirahsiakan dan ditangani secara adil, berhemah dan profesional
🤝 Tanggungjawab Bersama
Warga SMK Hillcrest digalakkan untuk:
✅ Saling menghormati dan menjaga maruah sesama insan;
📢 Berani bersuara demi keselamatan diri dan rakan-rakan;
🤝 Membudayakan nilai kasih sayang, empati dan toleransi
✨ Sekolah Selamat Bermula Dengan Kita. Bersama-sama kita menjadikan SMK Hillcrest sebuah sekolah sifar buli, bebas gangguan seksual dan penuh nilai kemanusiaan.
PEMAKLUMAN TENTANG BAJU PJ
👕 Murid dibenarkan memakai pakaian PJ pada hari yang ada matapelajaran PJ dalam jadual kelas mereka.
👕 Pemakaian baju PJ hendaklah kemas dengan memasukkan baju ke dalam seluar(tuck in) bagi murid lelaki.
👕Baju PJ berwarna kelabu yang hanya boleh dibeli di koperasi sekolah
Sekian, terima kasih.
PEMAKLUMAN KEPADA IBUBAPA YANG MENGHANTAR ANAK MENAIKI MOTOSIKAL
🏍️ Ibubapa hanya dibenarkan menghantar anak2 masing2 sehingga ke pagar (pintu pagar 2) padang sekolah sahaja.
🏍️ Ibubapa tidak dibenarkan membawa masuk motosikal ke dalam kawasan padang sekolah pada waktu pagi untuk mengelakkan bertembung dengan guru yang memarkir kereta di padang.
🏍 Pihak sekolah sangat sangat mengharapkan kerjasama ibubapa yang terlibat bagi tujuan mengurangkan kesesakan dipintu pagar utama sekolah semasa murid datang dan balik dari sekolah.
Sekian, terima kasih
DATIN AZURA BINTI ABD AZIZ
(PENGETUA)
NORIZAN BINTI ZAINAL ABIDIN
(GURU PK PENTADBIRAN)
FARIDAH BINTI MOHAMED SULTAN
(GURU PEN. KANAN HEM)
UMI KALSOM BINTI ABDUL RAHMAN
(GURU PEN. KANAN KOKURIKULUM)
SUHARMAN BIN HUSIN
(GURU PEN. KANAN PETANG)
Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest (SMKHC) mula dibina pada awal tahun 1989 dan siap sepenuhnya pada tahun 1991. Namun demikian sekolah ini telah pun mula beroperasi pada 1 Disember 1990. Luas kawasan yang diperuntukkan ialah 8.2 hektar yang asalnya kawasan ini merupakan ladang getah dan kawasan lereng bukit. Kos pembinaan telah diusahakan oleh Datin Paduka Zaleha Ismail (Menteri Perpaduan Negara). Nama Hillcrest diberikan oleh Pejabat Daerah Gombak sempena nama sebuah Syarikat Pemaju Perumahan yang membina Taman Seri Gombak, iaitu Hillcrest Garden Sdn Bhd.
Pada mulanya, Encik Irwan Abdullah yang merupakan Guru Penolong Kanan telah dilantik sebagai Pemangku Pengetua. Pengetua pertama iaitu Puan Sukma Murni Bt. Abdul Samad (P.J.K,P.P.T) pada 1 Disember 1992. Pada ketika itu hanya Blok Munsyi yang digunakan kerana blok Sri Lanang masih dalam pembinaan. Blok Munsyi ketika itu dapat menampung seramai 8 orang guru dan 280 orang pelajar. Blok Kajai pula siap dibina pada 1996 yang menyediakan kemudahan pendidikan seperti bengkel kemahiran hidup,tiga buah makmal serta dua buah kelas. Disebabkan bilangan pelajar sekolah semakin meningkat, Blok Zaaba telah dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada tahun 2002. Blok ini mempunyai 8 buah kelas, bilik guru sesi pagi, bilik mesyuarat, makmal komputer dan dewan sekolah.
Pada 1 Julai 1997, Puan Rohani Bt. Bakar telah menjadi pengetua sekolah menggantikan Puan Sukma yang mula berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Namun begitu, setelah sekolah ini dinaik taraf ke gred A, sekali lagi berlaku pertukaran pengetua. Puan Rohani yang bertugas selama enam bulan di sekolah ini telah ditukar ke Sekolah Menengah Taman Melawati dan beliau digantikan dengan Puan Hodaima Bt Haji Halil. Beliau bertugas selama 7 tahun di SMKHC dan bersara pada tahun 2005. Tempat beliau telah diganti oleh Puan Kamalyyah Bt. Teh Mohamed. Setelah itu, tempat beliau diambil alih oleh Puan Nik Maryam Bt. Idris yang mula bertugas pada bulan Ogos 2007 sehingga Jun 2011. Puan Sharifah Bt. Mamat menjadi pengetua pada 2011 sehingga Mac 2015. Seketika Puan Noor Rizam bt. Ab Rahman bertugas sebagai pengetua di sini iaitu pada bulan Mac 2015 sehingga 1 April 2016. Kemudian jawatan Pengetua disandang oleh Puan Alimah bt. Abu Noh bermula pada bulan April 2016 sehingga 22 Ogos 2018. Kini SMKHC diterajui oleh Encik Abdul Samat bin Ismail.
Mesyuarat Agung PIBG yang pertama dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Zaleha Bt. Ismail (DPMS, SMS, KMN) pada 17 Januari 1993. Beliau turut merasmikan lencana dan bendera pada 3 Julai 1993. Ia diilhamkan oleh salah seorang pelajar dari tingkatan 1 Kenanga iaitu Gary Wong. Lencana tersebut mangandungi tiga warna iaitu merah yang melambangkan keberanian, kuning tanda kesetiaan dan biru lambang kejujuran dan keikhlasan.
Sukan tahunan sekolah yang pertama telah diadakan pada 12 Februari 1993 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Bahari B. Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia. Beliau turut merasmikan bendera kejohanan sukan Sekolah Menengah Hillcrest. Semenjak itu, sukan sekolah telah diadakan setiap tahun dan banyak menyertai acara-acara luar yang turut mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian sukan yang memberangsangkan. Tahun demi tahun SMKHC berkembang dalam pelbagai aspek seperti pertambahan jumlah pelajar dan guru, bangunan mahupun kurikulum dan kokurikulum. SMKHC telah diiktiraf sebagai sekolah cemerlang Daerah Gombak pada tahun 1995 berikutan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang akademik.
Setiap tahun kejayaan demi kajayaan kita peroleh dangan berkat usaha gigih para guru serta pelajar. Kejayaan ini telah membuka peluang kepada kita untuk membuktikan agar sekolah terbaik antara yang terbaik, sekaligus menaikkan imej sekolah. Diharapkan agar generasi Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest yang akan datang dapat meningkatkan lagi kejayaan mendatang seterusnya menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tersergam indah di bumi bertuah
Bersemangat melangkah
Sentiasa tabah
Bersih, cekap serta amanah
Bersama ceria terserlah
Berwawasan menuju kecemerlangan
Iman dan taqwa jadi pegangan
Disiplin dan ilmu mari sematkan
Generasi cemerlang jadi impian
Harapan guru,ayah dan bonda
Menjana semangat membara
Bersatu harmonis, gigih berusaha
Menggapai impian jadi nyata
Kita maju terus maju
Kita menuju semangat baru
Kitalah barisan warisan
Untuk kita di masa hadapan
Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest