PROGRAM TS25

PENGENALAN

SMK Hillcrest telah terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 2025 bagi Kohort 7 bermula Disember 2022.

  • Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

  • Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

  • TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :


PUNCA KUASA

  • 19 Jun 2015

Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 16 Jun 2014 telah mencadangkan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi dan diluluskan semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015.


  • 7 April 2017

Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14 : penjenamaan semula kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

KONSEP TS25

Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:

  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;

  • Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;

  • Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;

  • Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan

  • Komitmen komuniti yang padu.


OBJEKTIF

  • Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.

  • MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.

  • Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT

  • Memantapkan kepimpinan sekolah.

  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

  • Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.


AKTIVITI PROGRAM TS25

  • Latihan kepada Pemimpin Sekolah dan Guru (bersemuka dan secara dalam talian)

  • Pembangunan Kapasiti kepada Pembimbing Instruksional dan Pembimbing Pedagogi

  • Perkongsian Amalan Terbaik dari Sekolah Program TS25 (Konvensyen, Seminar, Kolokium, Karnival dan Showcase)

  • Kajian Impak dan Keberkesanan Program TS25

  • Sokongan Profesional (Bimbingan dan Kunjung Bantu secara berpusat atau berkelompok oleh Rakan ELIT (RE) sama ada dengan kaedah bersemuka atau secara dalam talian)

  • Pemeriksaan (SKPMg2) dan Penilaian Program


LOGO TS25