TONGGAK DUA BELAS
TONGGAK DUA BELAS
Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan, nilai dan norma-norma kerja bagi semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi pentadbiran awam.
Tafsiran Tonggak 12:
Merupakan dasar dan pokok kepercayaan dan pegangan kepada sesuatu tindakan oleh penjawat awam.
Menjadi amalan kepada semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi.
Mengamalkan sikap yang baik dan menghindari sikap negatif.
Dasar kepercayaan bahawa nilai-nilai penting akan membentuk peribadi dan peribadi membentuk organisasi.
Pengiring kepada Etika Perkhidmatan Awam.
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)
Mengurangkan jenayah
Membanteras rasuah
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Meningkatkan standard keluarga berpendapatan rendah
Meningkatkan insfrastruktur di kawasan pedalaman
Menambahbaik pengangkutan di kawasan bandar
Menurunkan harga barang
NKRA No. 3 [NKRA Pendidikan]
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Empat sub-NKRA
Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah.
Meningkat kadar literasi dan numerasi.
Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan
Mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang,
[New Deal / Bai'ah]
Objektif
Memastikan murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dan dapat memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat serta negara hasil persekolahan dan pendidikan yang mereka peroleh.