OBJEKTIF
Berikut merupakan objektif Dasar Pendidikan Digital:
Membangunkan murid fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital;
Mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan;
Memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital; dan
Mengoptimumkan pelibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.
Murid Fasih Digital adalah murid yang berupaya menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, bertanggungjawab dan beretika untuk:
Mencipta dan menghasilkan inovasi
Menganalisis data secara saintifik
Menyelesaikan masalah dan berkomunikasi
Berkolaborasi dengan berkesan
Dasar Pendidikan Digital menjelaskan 4 objektif pendidikan digital yang disokong dengan 6 teras, 18 strategi dan 41 inisiatif secara terperinci. Pelaksanaan dasar ini dapat dimanfaatkan secara optimum oleh murid, pendidik, pemimpin pendidikan dan semua pihak berkepentingan bagi merapatkan jurang digital seterusnya membolehkan pendidikan digital dilaksanakan dengan jayanya. KPM berhasrat agar pelaksanaan dasar ini dapat merealisasikan iltizam dan aspirasi KPM untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.
Dasar Pendidikan Digital mempunyai enam teras utama iaitu;
Murid fasih digital
Pendidik kompeten digital
Budaya kepemimpinan digital berwawasan
Pengupayaan infrastruktur dan infostruktur
Kandungan digital berkualiti
Rakan strategik yang komited
Dokumen Dasar Pendidikan Digital