Sejarah Sekolah

SEJARAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON, IPOH

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson telah dibuka dengan rasminya pada 6hb. Februari 1909. Nama "Anderson" diambil sempena nama Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, (juga Gabenor Negeri-Negeri Selat), Sir John Anderson. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. dan Lt. Col. J. H, Tyte telah dilantik sebagai Pengetua yang pertama dibantu oleh Mr. E. C. Smith yang menjadi Penolong Kanan. Guru perintis terdiri dari seorang guru terlatih dan 5 orang murid tua Victoria Institution Kuala Lumpur.

Semasa zaman penaklukan Jepun, sekolah ini pernah dijadikan ibu pejabat tentera Jepun. Persekolahan dibuka semula 24hb September 1945 selepas ditutup selama 44 bulan ketika kemasukan Jepun di Perak.

Bangunan sekolah yang pertama telah direka oleh jurubina tempatan, iaitu Mr. C. H. La Brooy dan terletak di Jalan Douglas. Bangunan ini kini digunakan sebagai Pejabat Agama Perak. Pada tahun 1931 bangunan sekolah telah berpindah ke Ashby Road (kini Jalan Raja Ashman Shah) untuk menempatkan bilangan pelajar yang bertambah. Pada tahun 1980an dan 1990an bangunan perpustakaan, bangunan tingkatan lima dan bangunan kemahiran hidup telah dibina.

Pada tahun 1952, sekolah mula mengambil pelajar perempuan yang membuat persediaan untuk menduduki university entrance examination dan seterusnya menduduki kelas tingkatan 6.

Lagu kebanggaan sekolah telah dicipta oleh Mr. J. R.P. d'Turville dan masih dinyanyikan dengan bersemangat dan megahnya oleh semua Andersonians hingga kini.

To Strive, To Seek, To Find, And Not To Yield