Piagam Pelanggan

  • Memberi layanan dan peluang yang sama kepada semua murid yang dihantar ke sekolah ini untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang.

  • Membimbing dan mendidik untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan beramal.

  • Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak semasa individu, masyarakat dan negara.

  • Menyediakan dan menguruskan program-program pembangunan bakat, minat dan kebolehan murid dalam pelbagai bidang bagi melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

  • Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu.

  • Menentukan urusan kebajikan murid-murid diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta menentukan keselamatan dan keselesaan murid-murid terjamin dan diambil berat berteraskan perkhidmatan penyayang.

  • Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang cekap, berkesan dan dinamik.

  • Menentukan urusan kewangan sekolah sedia untuk diaudit pada akhir bulan Januari bagi tahun berikutnya, hal-hal mengenai gaji dan perkhidmatan staf diselesaikan mengikut tarikh yang ditetapkan.

  • Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, produktif, inovatif, kreatif dan bertanggungjawab.

  • Memastikan perhubungan dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, bekas murid, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan, agensi-agensi luar, pemegang taruh dan semua pihak yang dapat menyumbang dan memajukan sekolah.