Semasa pendaftaran Calon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan disahkan seperti berikut:
Salinan Surat Tawaran.
Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan.
Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
Salinan Slip Gaji/Akuan pendapatan ibu/bapa/penjaga.
Borang Maklumat Murid.
Salinan keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA),Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Sijil Pencapaian j-QAF, Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK), PAJSK, Psikometrik dan sijil-sijil berkaitan.
*Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah.
*Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.