Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulilah , setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, maka kita dapat meneruskan lagi tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dan masih diberi kesempatan untuk menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga untuk kecemerlangan Pendidikan negara.
Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberi tumpuan kepada 7 teras utama dalam menerajui sistem Pendidikan negara dan salah satunya ialah dengan meningkatkan keupayaan Pendidikan digital di sekolah, maka dengan wujudnya PORTAL PENDIDIKAN DIGITAL SMA AL FALAH ini diharap dapat menjadi satu medium yang boleh memberi maklumat terkini dan info-info semasa kepada semua pihak.
Saya selaku Penolong Kanan Pentadbiran dan bertanggungjawab secara khusus dalam unit kurikulum berhasrat menjadikan portal digital ini sebagai penghubung secara langsung untuk menyalurkan semua maklumat dan peristiwa yang berlaku di sekolah dengan pantas dan tepat. Segala perancangan yang diatur sepanjang tahun dan program-program yang dilaksanakan dapat dimuat naik dalam portal ini bagi memudahkan waris pelajar dan semua pemegang taruh yang terlibat mengetahui dengan lebih cepat. Selari dengan hasrat itu juga kami berharap portal ini dapat meluaskan lagi jalinan dan jaringan sekolah dengan pihak luar dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
Terimakasih juga saya ucapkan kepada semua unit pengurusan sekolah, guru-guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana yang sentiasa bergerak bersama dan sehasrat memacu kecemerlangan sekolah. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada unit ICT yang diketuai oleh GKMP Teknik dan Vokasional, Pn Norhayati binti Abdul Ghani kerana berjaya merealisasikan hasrat sekolah untuk mewujudkan PORTAL PENDIDIKAN DIGITAL SMA AL-FALAH sekaligus menyahut cabaran dunia Pendidikan pada hari ini. Semoga portal ini dapat memberi manfaat untuk semua pihak.
Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera
Sekian terima kasih.
PN SHARIPAH SAKINAH BINTI ENGKU MUDA
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMA AL FALAH KEMAMAN.
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKS) 2026
Pengerusi : En Mohd Anuar bin Harun
(Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Pn Sharipah Sakinah bt Engku Muda
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : En Ahmad Faizul bin Abd.Ghani
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi II : En Iszwan bin Shamsuddin
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi III : En Abd Jabar bin Abd Rahman
(Penolong Kanan Tingkatan 6)
Setiausaha : Pn Noratikah bt Mohd Nor
Ahli jawatankuasa : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
BK - Pn . Siti Norkhairiyah bt Ma’mom - Pn Nur Izzati bt Yahya
Setiausaha Peperiksaan - Pn Suriyani bt Hassan
Penyelaras PBS - Pn Wan Nasila bt Wan Mohd Noor
Penyelaras Pep. SPM - Pn Wan Rohani bt W.Mohamad
Penyelaras UASA - Pn Noor Hazura bt Badrol
S/U PBD - Pn Suhaila bt Khalid
Penyelaras PBD Tg 1 - Pn Norlia bt Razali
Penyelaras PBD Tg 2 - Pn Siti Nabilah bt Abd Aziz
Penyelaras PBD Tg 3 - Pn Nursyahirah bt Mohd Yusoff
Penyelaras PBD Tg 4 - Pn Irmawati Hani bt Abdullah
Penyelaras PBD Tg 5 - Pn Nabilah bt Ahmad Abdillah
S/U Projek SPM - Pn Anis Amyliardiana bt Ibrahim
S/U Projek Ting 4 - Pn Norlaini bt Mohamad
S/U Projek Ting 3 - Pn Rohafeszal bt Abdul Wahab
S/U Projek Ting 2 - Pn Norlisa bt Mohamed @ Samiun
S/U Projek Ting 1 - Pn Fatikah bt Yusof
Guru Perpustakaan Media - Pn Qatrun Nada bt Mohd Kamal
S/U Jadual waktu - Pn Nurulhaida bt Abdullah
Penyelaras PKLSM - Pn Nurul Latifah binti Muhamad
S/U SPPMA Ting 5 - Pn Nabilah bt Ahmad Abdillah @ Dilah
S/U SPPMA Ting 4 - Pn Irmawati Hani bt Abdullah