بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين
Segala puji bagi Allah S.W.T dan padaNya kita memohon petunjuk dan pertolongan. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para keluarga baginda keseluruhannya.
Di ruang ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengurusan Sekolah dan Unit ICT SMA AL-FALAH atas usaha mewujudkan Portal Digital ini. Semoga portal ini dapat memainkan peranan untuk mewujudkan jalinan dan jaringan antara SMA AL-FALAH dan dunia luar.
Di kesempatan ini juga, saya mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH DAN SYABAS kepada Unit Kokurikulum dan semua guru SMA AL-FALAH yang telah dan sentiasa berusaha keras untuk mengembangkan bakat anak-anak Al-Falah dengan menyertai pelbagai program dan pertandingan di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri , Kebangsaan dan Antarabangsa.
Harapan saya dan Unit Kokurikulum SMA AL-FALAH, semoga AL-FALAH terus berjaya mencipta kecemerlangan dan memahat kegemilangan di persada dunia sebagaimana Namanya (AL-FALAH). Kemenjadian pelajar matlamat kami.
#smaakmarauntukjuara
#Sederap Memimpin Keunggulan
Jazakumullah khairan kathira
Sekian, terima kasih dan Selamat Maju Jaya.
Pengerusi : Pengetua
Timbalan pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi III : Penolong Kanan Tingkatan 6
Setiausaha : En Ariff Amir bin Muhamad
Penolong Setiausaha : En Mohammad Ikhwan bin Hamzah
AJK : GKMP Kemanusiaan, GKMP Bahasa, GKMP Sains & Matematik, GKMP Agama, GKMP Teknik dan Vokasional
GA Kokurikulum STAM Pn Rohani bt Sidek
Setiausaha Sukan : En Wan Muhammad Ariff bin Wan Salleh
Penyelaras PAJSK : En Mohammad Ikhwan bin Hamzah
Penyelaras Unit Beruniform : Pn Nurhasyimah bt Zakaria
Penyelaras Persatuan dan Kelab : Pn Nurul Wahida bt Abd Wahab
Penyelaras Sukan dan Permainan (1M1S) : Pn Qatrun Nada Binti Mohd Kamal
Penyelaras Ihtifal Ilmi : Pn Fatimah Salwani Binti Abdullah
Penyelaras Adab dan Nilai (ADNI) : Pn Nur Naziha Binti Mohamad Zin
Setiausaha Koperasi : Pn Rohani binti Sidek
Setiausaha Majalah Sekolah : Cik Nurul Ajmal Binti Mohamad