GALERI 2023
GALERI 2022
Sekolah Kebangsaan Yan Kechil,
06900 Yan, Kedah.
No. Telefon : 04-4655951
Email : kba9013@moe.edu.my
Waktu pejabat :
8.00 pagi - 5.00 petang ( Ahad - Rabu )
8.00 pagi - 3.00 petang ( Khamis )
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; `
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Kami Yang Telah Dilantik Berkhidmat Dengan Kerajaan Malaysia, Membuat Ikrar Di Sini, Bahawa Semasa Dan Selagi Kami Berkhidmat Dengan Kerajaan Malayisa, Kami Patuh Dan Mengamalkan Teras-Teras Perkhidmatan Semasa Menjalankan Tugas-Tugas Ke Arah Ini, Kami:
v Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan
v Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab
v Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
v Berkhidmat Dengan Muhibbah Dan Kemesraan
v Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat Dan Penbangunan Negara Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan Dan Musuh-Musuh Negara
v Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama
IKRAR INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan intergriti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:
Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang- undang, peraturan dan etika jabatan;
Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat intergriti dan imej pegawai awam; dan
Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN
Membangunkan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Dan Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia
MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
v Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia Dan Bersatu Padu
v Melahirkan Insan Yang Berilmu,Berketerampilan,Berakhlak Mulia, Beriman Dan Sejahtera.
v Menyediakan Sumber Tenaga Manusia Untuk Keperluan Dan Kemajuan Negara
v Memberi Peluang Pendidikan Kepada Semua Warganegara Malaysia
TEMA JPN KEDAH
TEMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
Komitmen Menyeluruh Menjamin Pembinaan Modal Insan Yang Cemerlang
VISI KPM, JPN, PPD &SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI KPM, JPN, PPD & SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO
`Pendidikan Cemerlang Kedah Terbilang
ETIKA KERJA
Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing.Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.
v Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Tuhan
Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan.Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan.Bekerja juga adalah seperti ibadat.Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar.Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA.
v Bekerja Dengan Ikhlas Dan Amanah
Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri.Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal.
v Bekerja Dengan Tekun dan Cekap
Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja.Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.
v Bekerja Dengan Semangat Satu Pasukan Dan Berpadu Fikiran
Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira.