1. Membina pelajar yang bercita-cita tinggi, beriltizam dan mampu mencapai kecemerlangan akademik selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.
2. Menyerlahkan keterampilan pelajar dalam bidang akademik.
3. Memperluas pengetahuan pelajar melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.
4. Mempertingkatkan pencapaian keseluruhan akademik ke tahap yang boleh dibanggakan.
Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
2. Membina golongan pelajar yang berkebolehan dan berfikiran positif.
3. Mampu menyerap ilmu dari pelbagai sumber serta digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan.
4. Meningkatkan prestasi sekolah dalam semua jenis peperiksaan dan penilaian.
1. Memastikan setiap jawatankuasa yang dilantik menyediakan perancangan dan dilaksanakan mengikut takwim.
2. Mematuhi segala arahan dan bertindak seperti yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
3. Menyedarkan murid akan kepentingan pencapaian akademik seiring dengan pencapaian emosi dan sahsiah.
4. Memastikan segala kemudahan dan peluang belajar tersedia dan efisyen.
5. Melaksanakan aktiviti berbentuk kurikulum dengan penglibatan semua pihak serta kerjasama daripada ibu bapa.