Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2 atau nama ringkasnya SKTSG2, terletak di Jalan SG 1/1 Taman Seri Gombak ditubuhkan pada tanggal 1 Januari 2002. Sekolah mempunyai empat bangunan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Mula beroperasi pada 1 Januari 2003 dan diurus tadbir oleh Puan Ainon Jariah binti Haji Zainal Abidin selaku guru besar yang pertama. Pengambilan murid ketika itu hanya menampung 12 kelas, 3 orang penolong kanan, 30 orang guru dan 480 orang murid berpaksikan motto sekolah iaitu “BERDISIPLIN BERILMU BERTAQWA”. Kini (2025) usia Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2 telah menjangkau 23 tahun mewarnai dunia pendidikan dengan tenaga pengajar dan staf seramai 135 orang dan murid yang menjangkau bilangannya hampir 2000 orang termasuk Prasekolah dan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). SKTSG2 atau lebih dikenali dengan akronimnya SETEGUH sentiasa cemerlang dan unggul dengan taglinenya. “ KITA TEGUH KITA JAGUH” akan terus mengorak langkah untuk muncul sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik suatu hari nanti.
Berilmu wadah warga kami
Berdisiplin alur kejayaan
Bertaqwa membentuk insan mulia
Taat setia kami curahkan
SK Taman Seri Gombak 2
Menjana wawasan gemilang
Di dalam dunia tanpa sempadan
Keilmuan diutamakan
Belajarlah bersungguh
Berlandaskan teknologi
Hidup kita akan lebih maju
Belajarlah bersungguh
Berteraskan agama
Hidup kita kan lebih bererti
Memupuk budaya positif
Menjamin prestasi efektif
Inilah ikrar kami di sini
Menjadi insan yang rabbani