GURU BESAR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Sabah Hebat
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.
Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN”.
Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada menjayakan program-program kecemerlangan sekolah untuk dilaksanakan.
Harapan saya, SK Tampulan Telipok terus menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
Zaliha Binti Ismenyah
Guru Besar
SK Tampulan Telipok