Visi
Menjadikan SK Taming Jaya sekolah unggul membina generasi terbilang dengan warga yang bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berketrampilan menjelang 2020.Misi
Membangunkan potensi individu secara menyeluruh melalui pendidikan berkualiti kearah kecemerlangan sekolah bagi merealisasikan aspirasi negara.Matlamat
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.VIDEO KORPORAT UNIT KO-KURIKULUM SK TAMING JAYA
Pencapaian KoKurikulum 2019
Pencapaian KoKurikulum 2020
VISI KOKURIKULUM
SK TAMING JAYA
“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”
MISI KOKURIKULUM
SK TAMING JAYA
“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMNUHI ASPIRASI NEGARA”
MOTO KOKURIKULUM
SK TAMING JAYA
“KOKURIKULUM CEMERLANG SUKAN GEMILANG SEKOLAH TERBILANG”
MATLAMAT KOKURIKULUM
SK TAMING JAYA
Mempertingkatkan kualiti pengurusan Kokurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individual, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para pelajar bagi memperkukuhkan integrasi dikalangan mereka. Memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.
OBJEKTIF KOKURIKULUM
SK TAMING JAYA
1. Melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan dan permainan serta program-program Kokurikulum.
2. Melaksanakan semua urusan pentadbiran dan pengurusan bagi memastikan kelancaran setiap unit Kokurikulum dan sukan.
3. Memastikan maklumat / tindakan yang perlu diambil telah dilaksanakan di peringkat unit dan sekolah.
4. Memastikan penyediaan laporan pengurusan / program / aktiviti yang lengkap dari unit dan sekolah bagi tujuan menilai status pelaksanaan dan pencapaian.
5. Meningkatkan kecergasan, disiplin dan daya ketahanan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui program-program kokurikulum.
6. Memupuk dan memantapkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepimpinan.
7. Mengembangkan bakat, minat dan potensi diri.
8. Melahirkan murid-murid bersatu padu menjunjung aspirasi bangsa pelbagai kaum ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang berdisiplin, berilmu dan berperikemanusiaan.