Visi
Menjadikan SK Taming Jaya sekolah unggul membina generasi terbilang dengan warga yang bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berketrampilan menjelang 2020.Misi
Membangunkan potensi individu secara menyeluruh melalui pendidikan berkualiti kearah kecemerlangan sekolah bagi merealisasikan aspirasi negara.Matlamat
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA
Sekolah Kebangsaan Taming Jaya atau nama ringkasnya SK Taming Jaya, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak dalam kawasan Taman Taming Jaya, Balakong, Selangor.
Sekolah Kebangsaan Taming Jaya telah dibina pada tahun 1994 dengan kos RM2,551,828. Sekolah ini telah memulakan operasinya secara rasmi pada hari Isnin 10 Julai 1995.
Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Taming Jaya kerana ia terletak dalam kawasan perumahan Taming Jaya, Balakong.Di bawah PPD Hulu Langat. Ketika mula beroperasi, enrolmen murid SKTJ adalah seramai 573 orang.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taming Jaya memiliki 1226 pelajar lelaki dan 1158 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2384 orang. Ia mempunyai seramai 153 orang guru.
Pada tahun 2018 sekolah ini mendapat 5 blok bangunan tambahan baharu menggantikan 2 blok bangunan yang usang dan tidak boleh digunakan lagi. Pada awal tahun 2019 dengan inisiatif PIBG termasuk guru-guru, Dewan Taming Gemilang telah dapat digunakan untuk pelbagai program sekolah.
Sekolah kami beralamat di:
Sekolah Kebangsaan Taming Jaya
Taming Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 389614553
Fax = 389614013