DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google for Education yang dibekalkan oleh pihak KPM.
Pergi ke laman sesawang https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Klik 'Log Masuk'
Log masuk menggunakan ID MOE dan password yang telah diberikan oleh pihak sekolah.
Jika murid tidak mempunyai ID, sila hubungi admin DELIMa sekolah melalui guru kelas.
Selesai log masuk, laman 'Welcome to your new account' akan terpapar. Tekan butang 'Accept'. Pengaktifan akaun DELIMa selesai.
Seterusnya, murid boleh klik menu 'Murid' untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran digital.
Murid juga boleh klik menu 'Aktiviti' dan 'Aplikasi' untuk memanfaatkan dengan sepenuhnya kemudahan yang disediakan dalam portal DELIMa.
Contoh imej dari portal DELIMa:
Klik untuk mendapatkan maklumat lanjut: