SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LANGAT (Integ) atau lebih dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LANGAT terletak di jalan utama mengahala ke tempat bersejarah Bukit Jugra. Ianya merupakan sebuah sekolah terkenal di kalangan penduduk Banting dan menjadi pilihan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai SK SRI LANGAT:

Nama Penuh : Sekolah Kebangsaan Sri Langat (Integ)

Alamat Penuh : Jalan Sultan Abdul Samad 42700, Banting Selangor Kod Sekolah : BBB1032

No Telefon : 03-31871278

No Fax : 03-31801087

Sesi : Pagi Sahaja

Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan

Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan

Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu

Jenis Asrama : Tiada

Sekolah ini mula ditubuhkan dengan menumpang di SEKOLAH KEBANGSAAN BANTING pada sesi petang pada Januari 1967. Pada akhir Oktober 1967, murid-murid dan guru- gurunya telah berpindah ke bangunan baru dan sekolah Ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Raba, Banting.

Bangunan sekolah ini dirasmikan pada 2 November 1968 oleh YB Encik Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran pada ketika itu.

Pada 5 November 1976, nama sekolah ini dengan rasminya ditukarkan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Langat, Jalan Jugra, Banting. Perasmian nama baru sekolah telah dibuat pada Hari Ucapan dan penyampaian Hadiah oleh YAB Dato Haji Hormat bin Rafie,Menteri Besar Selangor.

Pada Januari 1983, Sekolah Kebangsaan Banting telah ditutup untuk pengubahsuaian Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat/ Sepang . Murid- murid serta serta guru-guru sekolah tersebut telah berpindah ke sekolah ini. Keudukan sekolah ini yang berhampiran dengan penempatan ramai di samping prasarana yang lengkap serta terkenal di daerah Kuala Langat menjadikan sekolah ini pilihan utama masyarakat setempat.

Bermula tahun 2005 satu sesi persekolahan diadakan semula. Dengan pertambahan satu lagi blok baru 3 tingkat ianya dapat menampung bilangan murid kini seramai 1195 orang. Kini SKSL mempunyai 6 blok iaitu KELISA, PERDANA, ISWARA, WAJA, WIRA dan SATRIA.

Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai menjadikan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang di bawah pimpinan Guru Besar, En. Ruslan bin Lebai Yakub.