SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LANGAT

AKTIVITI TERKINI SKSL

AKTIVITI YANG SEDANG DIJALANKAN PADA TAHUN 2023/2024

PROGRAM TAHUN 6 (HARI USAHAWANAN)

HARI USAHAWANAN TAHUN 6

HARI : SELASA

TARIKH: 22 NOVEMBER 2022


PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID TERBILANG

Nama Program : Program murid-murid tahun 6

Sahsiah Unggul Murid Terbilang

Tempat : Di Perpustakaan Awam

Tarikh : 16.11.2022


JALINAN PENDIDIKAN MALAYSIA - INDONESIA

JALINAN PENDIDIKAN MALAYSIA-INDONESIA

SK SRI LANGAT DAN SD MUHAMMADIAH SAPEN

TARIKH : 8 DAN 9 NOVEMBER 2022 ( SELASA DAN RABU)

TEMPAT : SK SRI LANGAT

Terima kasih atas kerjasama yang terjalin muhibbah antara 2 buah sekolah ini. Diharapkan hubungan ini berkekalan dan bertambah erat dengan perkongsian ilmu/pengalaman yang baru.

Semoga menjadi sahabat selamanya.


PERTANDINGAN MADAH INTELEK PRS

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN

Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022.

Wan Hafiy Darwisy bin Wan Khairul Azlan

Serta guru-guru pembimbing.


SELAWAT MAULIDUR RASUL 1444H/2022

 Maulidurrasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi ialah satu detik yang amat berharga kerana disitulah bermula sirah junjungan agung yang membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan dan dari kehinaan kepada kemasyhuran. 

Team marhaban musolla assyafiee hadir berselawat ke kelas-kelas di sekitar sekolah.

UNIT UNIFORM PENGAKAP

Perkhemahan Himpunan Pengakap Citra  Cinta Rasul  SAW Peringkat Kebangsaan 2022

Program:

Perkhemahan Himpunan Pengakap Citra  Cinta Rasul  SAW Peringkat Kebangsaan 2022

Tarikh: 20 - 22 Oktober 2022

Tempat: Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Kuala Terengganu

Guru Terlibat:  En. Nor Zihan bin Md Aris

Murid terlibat :

1. Nur Zuyyin binti Mohammad Nazre  - 4 Neutron

2. Raja Aleesya binti Raja Azman - 4 Neutron

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid Sk Sri Langat yang terlibat 

#togetherwemakeithappen

Kemenjadian Murid Melalui Kokurikulum

KARNIVAL DAKWAH PENGAKAP PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2022

SEMENYIH, 13 November 2022 - Perkhemahan Karnival Dakwah Pengakap Peringkat Negeri Selangor berjaya dilaksanakan bermula 11 hingga 13 November 2022 dihadiri seramai 1225 orang Pemimpin dan Ahli Pengakap seluruh Negeri Selangor di Kem Mutiara Semenyih Training and Eco Resort. Karnival dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Selangor dan dikelolakan sepenuhnya oleh PPM Daerah Hulu Langat. 

Walaupun dalam musim hujan, Karnival berjaya menarik minat ahli pengakap dalam memupuk semangat perpaduan ummah. Idea karnival dicetus oleh Encik Azhar, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Langat selaku Kem Komandan telah mengatur beberapa aktiviti seperti Tulisan Khat, Memanah, Radio Amatur, Tarik Upih, Halangan Komando, Permainan Kim, Sejarah Pengakap, Alam Sekitar, Licik Umrah, Pengurusan Jenazah, Penyembelihan, Sepak Raga, Kompang, Nasyid dan Forum Perdana. 

Pada karnival kali ini SK Sri Langat telah menghantar seramai 5 orang peserta diiringi oleh seorang pemimpin. PPM Daerah Kuala Langat diwakili seramai 121 Pemimpin dan Ahli Pengakap dari SAMUS K Darat, Imtiyaz Ulul Albab,  SRITI Al-Ghazali, SMK Batu Laut,  SK Batu Laut,  SK jenjarom,  SK Sijangkang,  dan diketuai oleh Encik Mohd Faiz Md Yassin selaku Ketua Kontinjen. 

Semoga perhimpunan ini dapat memberi impak dakwah kepada Pemimpin dan Ahli Pengakap dengan pengalaman berkhemah pada musim hujan sedikit sebanyak dapat menguatkan jati diri dengan rasa bersyukurnya nikmat hidup. 

SELAMAT DATANG 2024 - 

WAJAH CERIA SKSL - MOGA TERUS CEMERLANG PADA TAHUN 2024