NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM
KOD SEKOLAH: BBB8315
NO TELEFON: 03-55191161
E-MEL SEKOLAH: bbb8315@moe.edu.my
GRED: A
JENIS SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN
JENIS BANTUAN: BANTUAN PENUH KERAJAAN
KATEGORI: BANDAR
DAERAH: PETALING PERDANA
SESI PERSEKOLAHAN: PAGI
BILANGAN KELAS: 26 KELAS
18 KELAS ALIRAN PERDANA
2 KELAS PRASEKOLAH
6 KELAS PENDIDIKAN KHAS
BILANGAN GURU: 56 0RANG
(6 ORANG LELAKI 50 ORANG PEREMPUAN)
BILANGAN AKP: 7 ORANG (PEREMPUAN)
TARIKH TUBUH: 3 JANUARI 1974
GURU BESAR: HAMIDAH BINTI SHAMSUDIN
PK PENTADBIRAN: ARIFUL RIZAL BIN SENIN
PK HAL EHWAL MURID: RATNA DEWI BINTI KOSMIN
PK KOKURIKULUM: NORZITA BINTI MAADUN
PK PENDIDIKAN KHAS: AIZAM NAIM BINTI MOHD JUNID
PENTADBIR DAN GURU : 56 orang (6 lelaki dan 50 perempuan)
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) : 7 orang
MURID ALIRAN PERDANA : 657 orang (322 lelaki dan 335 perempuan)
MURID PENDIDIKAN KHAS : 60 orang (46 lelaki dan 14 perempuan)
MURID PRASEKOLAH : 50 orang (21 lelaki dan 29 perempuan)
Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SKSA) telah ditubuhkan pada tahun 1974. Ia terletak di Seksyen 16, Shah Alam dalam Daerah Petaling Perdana. Kini usia sekolah ini telah menjangkau 49 tahun.
SKSA telah didirikan di atas sebidang tanah di dalam kawasan perindusterian Seksyen 16, Shah Alam. Ia mula digunakan pada 3 januari 1974. Pada masa tersebut kawasan Shah Alam atau lebih dikenali sebagai Batu Tiga belum mempunyai sekolah dan sekolah ini merupakan sekolah pertama yang di bina di Shah Alam. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Shah Alam sempena nama Shah Alam ibu Negeri Selangor Darul Ehsan sekarang.
Pada mulanya bangunan sekolah ini hanya mengandungi 18 buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan dan sebuah kantin. Pada 31 januari 1974, bilangan muridnya cuma 194 orang sahaja tetapi mengikut arus perkembangan penduduknya yang sentiasa bertambah, murid-muridnya semakin ramai sehingga mencapai 700 orang pada tahun 1977. Bangunan tambahan terpaksa dibina pada tahun 1979. Ia mempunyai 8 buah bilik darjah yang dapat menampung pertambahan murid pada tahun berikutnya.
Menjelang tahun 1995 bilangan murid mula berkurangan disebabkan berlakunya perpindahan penduduk ke Seksyen 20, Shah Alam kerana wujudnya kawasan perumahan yang baru dan terdapat juga sekolah baru dibina. Antara Guru Besar yang pernah menerajui SKSA adalah seperti berikut:
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
WAWASAN
Warga Sekolah Kebangsaan Shah Alam berazam untuk melahirkan murid yang akan berkembang secara harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi memenuhi keperluan dan cabaran masa hadapan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Belajar terus belajar
Dengan semangat yang luhur
Agar tercapai cita-cita
Menjadi rakyat berguna
Belajar terus belajar
Segala tekad diatur
Maju jaya harapan kita
Dan juga harapan semua
Jujur taat setia etika kita
Membina negara
Jaga nama Sekolah Kebangsaan Shah Alam
Semoga berjaya
Lirik: Ramlan bin Harun
Lagu: Isa bin Dato’ Hasan
Lencana SKSA merupakan lambang yang sentiasa disanjung dan dijunjung tinggi oleh semua warga SKSA. Lencana ini dilatari dengan warna biru, kuning dan hijau.
Maksud pada warna:
Kuning: Kesetiaan terhadap sekolah dan berusaha mencapai kecemerlangan
dengan berpegang teguh kepada prinsip ketuhanan, raja dan negara.
Biru: Melambangkan keharmonian, kebahagiaan dan kerohanian di antara
guru-guru dan murid-murid.
Hijau: Akhlak terpuji, Kesucian naluri dan kebersihan hati dapat mengharumkan
nama sekolah.
Maksud pada objek:
Buku: Bersatu hati di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum untuk sekolah.
Sijil: Berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum
dah sahsiah terpuji.