Ceriathon

Ringkasan Maklumat Program Ceriathon

1. PENDAHULUAN


- Merupakan program mengumpul dana anjuran SK SERI SELANGOR

Subang Jaya.


- Tempoh pelaksanaan ialah 6 Nov 2023 sehingga 8 Disember 2023


2. TUJUAN


- Merupakan satu usaha mencari dana yang mendapat kelulusan pihak berwajib untuk kegunaan baik pulih bangunan sekolah.


3. HADIAH


- Tawaran hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat berikut:


  🌸 Hadiah kategori 1

        Grand Prize

- Syarat minimum kutipan adalah RM 5000 dan keatas.

- Kutipan tertinggi akan menerima sebuah Apple Ipad 10th Generation.

- Kutipan ke-2 tertinggi akan menerima sebuah dron DJI Mini 2 SE.

- Kutipan ke-3 tertinggi akan menerima sebuah Apple watch SE.

- Hadiah akan disampaikan pada majlis penutup. 

- Khas untuk yang mempunyai kad ceriathon sahaja iaitu AJK PIBG, murid, guru dan staf SK SERI SELANGOR sahaja.

- Jika penama mempunyai bilangan kad yang melebihi 1 kad, jumlah terkumpul mengikut penama pada SEMUA kad ceriathon diambil kira.

- Jika penama telah memenangi hadiah dalam kategori ini, penama tidak boleh memenangi hadiah EKLUSIF.


🌸 Kategori 2

    Hadiah Eklusif


- Syarat minimum kutipan adalah 

RM 3000 (E-Bike),

RM 2500 ( H/P OPPO RENO4 Z5G) dan RM1800 ( H/P HONOR 10 LITE).


- Hadiah akan disampaikan pada majlis penutup. 

- Khas untuk yang mempunyai kad ceriathon sahaja iaitu AJK PIBG, murid, guru dan staf SK SERI SELANGOR.

- Jika penama mempunyai bilangan kad yang melebihi 1 kad, jumlah terkumpul mengikut penama pada SEMUA kad ceriathon diambil kira.

- Jika penama telah memenangi hadiah Grand Prize, hadiah kategori ini tidak akan diberikan.


🌸 Kategori 3

 Kutipan Berkumpulan

Kelas Tertinggi Mengikut Darjah.


- Tiada syarat minimum.

- Hadiah bernilai RM 300 kepada kelas yg menang.

- Hadiah akan disampaikan pada majlis penutup.


🌸 Kategori 4

   Cabutan Bertuah Mingguan


- Syarat minimum kutipan adalah RM100 yang diserahkan kepada guru kelas pada hari Jumaat. Cabutan akan dijalankan pada hari Isnin minggu berikutnya.

- Hadiah wang tunai bernilai RM50 yang akan diberikan terus selepas nama dicabut.


🌸 Kategori 5

   Kutipan Tertinggi Murid Dalam Kelas.


- Tiada syarat minimum.

- hadiah misteri menanti pemenang

- Hadiah akan disampaikan pada majlis penutup.


🌸 Kategori 6

   Cabutan Bertuah di Majlis Penutupan Ceriathon.

- Syarat minimum kutipan adalah RM50. 

- Hadiah misteri menanti pemenang.

- Hadiah akan disampaikan pada majlis penutup.