Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN


Sekolah Kebangsaan Seri Selangor telah siap dibina pada tahun 1996 dengan nama asalnya Sekolah Kebangsaan Seafield (2). Penyerahan kunci bangunan ini telah diadakan dalam satu majlis pada 23 Disember 1996. Pada tahun 1998, nama sekolah ini secara rasminya ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Selangor.


Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor telah bermula pada 6 Januari 1997. Seramai 1187 murid perintis serta 28 buah kelas telah ditubuhkan bagi menampung murid dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Tenaga pendidik yang berkhidmat ketika itu hanyalah seramai 13 orang. Pada peringkat awal, SKSS terdiri daripada empat buah bangunan tiga tingkat, sebuah kantin, sebuah bangunan pam (bomba), pejabat pentadbiran, bilik guru, pusat sumber, bilik muzik, makmal sains, bengkel Kemahiran Hidup, bilik Kokurikulum, bilik peperiksaan, surau, bilik gerakan, dewan mini dan 24 buah bilik darjah. Kini, populasi sekolah hampir mencecah 1140 orang murid dengan tenaga pengajar dan staf seramai 68 orang.


ANUGERAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Sekolah Kebangsaan Seri Selangor telah berjaya mendapat anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2014. Bahasa Inggeris dan bola sepak merupakan bidang kebitaraan SK Seri Selangor.



KEBITARAAN BAHASA INGGERIS

‘English The Way to Go’ merupakan program yang dijalankan ke arah memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dan telah membantu meningkatkan lagi pencapaian subjek Bahasa Inggeris khususnya dalam UPSR. Buktinya pencapaian subjek Bahasa Inggeris dalam UPSR sentiasa melebihi 94%. Dalam masa yang sama, SK Seri Selangor terus mengukir kecemerlangan dalam bidang ko kurikulum berlandaskan platform Bahasa Inggeris seperti ‘Action Song’, ‘Poetry Recitation’, ‘ Public Speaking’ , ‘Scrabble’ dan ‘Choral Speaking’.


KEBITARAAN BOLA SEPAK

SK Seri Selangor turut cemerlang dalam permainan bola sepak yang merupakan kebitaraan bagi SK Seri Selangor. Pelbagai acara dan karnival berkaitan bola sepak telah dianjurkan oleh SK Seri Selangor seperti Karnival Bola Sepak yang melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah di peringkat kebangsaan . Pada tahun 2019, Akademi Bola Sepak Seri Selangor (SSFA) telah ditubuhkan dengan matlamat jangka panjang agar mampu melahirkan generasi bola sepak yang berkemahiran dengan dibantu oleh jururlatih profesional. Program ini dijalankan setiap hari rabu pada pukul 4.00 – 6.00 petang.

Pada tahun 2018, buat pertama kalinya dalam sejarah, pasukan bola sepak sekolah telah menjuarai Piala Raja Muda yang merupakan kemuncak kejayaan pasukan Sk Seri Selangor. Keunggulan pasukan ini berterusan pada tahun 2019 apabila berjaya mewakili negeri Selangor dalam Kejohanan bola sepak Yayasan Bank Rakyat. Mereka berjaya mendapat tempat keempat di peringkat kebangsaan. Selain itu, beberapa orang murid SK Seri Selangor juga telah terpilih mewakili negeri Selangor ke Piala Borneo dan berjaya menjuarai kejohanan tersebut. Semoga pasukan bola sepak SK Seri Selangor terus melakar kejayaan pada tahun-tahun akan datang sebagai kesinambungan kebitaraan bola sepak yang menjadi kebangaan Sk Seri Selangor.


PENTADBIRAN SKSS 1997 - 2022

GURU BESAR

1997 – 1998 : En. Mohammad Sharif bin Juri

1999 – Jun 2003 : Pn. Norpipah binti Mohd Isa

Jun 2003 – Sept 2009 : Pn. Ong Bee Yong

Okt 2009 – Ogos 2017 : En. Lim Eng Tai

Nov 2017 – Sekarang : Pn. Shabariah binti Ismail

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

1997 – Jun 2001 : Pn. Zulekha binti Abd Rahman

Jun 2001 – Okt 2002 : Pn. Siti Rohana binti Bahaman

Okt 2002 – Mei 2003 : En. Othman bin Mohammad

Jun 2003 – Feb 2004 : En. Ahmad Isa bin Dato’ Hassan

Mac 2004 – 2014 : Pn. Ungku Mariam binti Ungku Mahmud

2015 – Feb 2016 : Pn. Usha Rani a/p S. Ganapathi

Mac 2016 – April 2019 : En. Mohd Jazid bin Iman

Mei 2019 – April 2021 : Pn. Norwati binti Abdul Wahab

April 2021 – Sekarang : Pn. Santhi a/p M.Palaniappan

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

1997 – 1999 : Pn. Vasantha Balla

2000 – 2001 : Pn. Sheila Mary Rao

2002 - Feb 2003 : Pn. Hajjah Nafsiah binti Hussin

Mac 2003 - 2014 : Pn. Usha Rani a/p S. Ganapathi

2015 - Apr 2016 : En. Mohd Rizal bin Rais

Apr 2016 – Apr 2019 : Pn. Norwati binti Abdul Wahab

Mei 2019 – Sept 2021 : En. Zakaria bin Ismail

Nov 2021 – Sekarang : En. Mohd Saifulrizal bin Abd Manaf

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1997 – Jun 2001 : En. Abiden bin Sabari

Jun 2001 – Mei 2003 : En Lutfi Ismail bin Amir

Jun 2003 – Nov 2003 : Pn Hasidah binti Mohammad

2004 – 2007 : En. Sudin bin Hamdan

2008 – 2010 : En. Mohd Zaman bin Abdul Samad

2010 – Sept 2011 : En. Mohd Hairul Razib bin Nordin

Okt 2011 – Dis 2011 : Pn. Nor Suhaida binti Saufi

2012 - 2014 : En. Mohd Rizal bin Rais

2015 – Apr 2016 : Pn. Azlinda binti Azmi Mah

Apr 2016 – April 2019 : En. Zakaria bin Ismail

Mei 2019 - Ogos 2020 : Pn. Isniza binti Fadzli (Memangku Jawatan)

Sept 2020 - Sekarang : En. Fauzan bin Ab Samad