Pagar sekolah ada tiga, pagar utama di pintu masuk hadapan manakala pagar ke-2 di belakang berhadapan dengan blok kelas tahap 2. Pagar ke-3 pula adalah pagar ke blok pra sekolah. Terdapat pos keselamatan di hadapan sebelah pintu pagar masuk utama.
Blok Pentadbiran merupakan blok terbaru yang telah siap pada awal 2024. Blok ini terdiri daripada bilik pentadbiran, bilik guru, pusat sumber dan kelas murid tahun 1.
Dewan terbuka terdiri daripada pentas dan tapak perhimpunan rasmi.
Blok ini mengandungi Makmal Komputer, bilik mesyuarat (Bilik Kinabalu) dan bilik kelas pemulihan khas.
Pada 2025 sekolah akan mendapat blok kantin yang bahru dan pada Oktober 2024 pembinaannya baru bermula. Berikut merupakan blok kantin yang lama.
Pada 2023 blok ini digunakan untuk bilik pemulihan dan kelas tahun 1. Pada tahun 2024, setelah siap blok pentadbiran, bilik ini diubah menjadi bilik Pendidikan Islam, bilik Muzik dan Stor Sukan.
Surau SKeST untuk program keagaman dan tempat solat untuk sidang petang.
Bilik ini berhampiran surau.
Blok ini terdiri daripada bilik kelas tahun 1 dan kelas tahun 2. Blok ini masih diperbuat daripada kayu di atasnya dan bata dibawahnya.
Blok ini terdiri daripada bilik kelas tahun 4, tahun 5 dan kelas tahun 6. Blok ini telah 100% dibuat daripada batu bata.
Tandas terbahagi kepada tiga kawasan iaitu di kawasan kantin, di tengah-tengah antara blok pentadbiran dan blok tahap 1 dan di hujung kelas tahap 2.