PENGHARGAAN DAN SEJARAH PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG “CITRA DIGITAL SKeST”
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea, kepakaran dan sokongan dalam pembangunan laman sesawang “Citra Digital SKeST”. Penghargaan khusus ditujukan kepada Puan Masmun binti Hj. Basri, selaku Guru Besar SK Selupoh Tuaran ketika usaha ini dimulakan serta peneraju MyDigital Leaders SKeST. Cetusan idea dan inspirasi beliau menjadi asas kepada pembangunan laman sesawang ini.
Syabas dan tahniah turut diucapkan kepada Cikgu Muhamad Afiq Hamizan bin Norizan, selaku pereka bentuk, pembangun dan pengelola laman sesawang “Citra Digital SKeST”. Komitmen serta usaha berterusan beliau, dengan sokongan pihak pentadbir dan bimbingan rakan pendidik daripada beberapa buah sekolah, telah membantu merealisasikan hasrat sekolah untuk membangunkan sebuah portal digital yang tersusun dan sistematik.
Pembangunan “Citra Digital SKeST” bermula apabila Puan Masmun memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada Cikgu Muhamad Afiq Hamizan untuk membina serta mengurus laman sesawang sekolah menggunakan platform Google Sites. Bagi memperoleh pengetahuan asas pembinaannya, beliau menjalinkan kerjasama awal dengan Cikgu Syafiq Adnan, guru multimedia dan pengelola Google Sites SK Sungai Durian (SeSDIAN), Pontian, Johor. Hubungan profesional yang terjalin semasa beliau berkhidmat di sekolah tersebut telah membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan bimbingan dalam pembangunan laman sesawang.
Bagi memperkemas reka bentuk dan susun atur portal, Cikgu Muhamad Afiq Hamizan seterusnya mendapatkan bantuan serta tunjuk ajar daripada Cikgu Razley, guru ICT SK Sungai Damit. Konsep dan susun atur Google Sites sekolah berkenaan dijadikan rujukan dengan kebenaran beliau, sebelum disesuaikan dengan identiti serta keperluan SK Selupoh.
Usaha ini diperkukuh melalui kolaborasi yang diusahakan oleh Guru Besar bersama Cikgu Nur Sabrina Sainudin dari SK Pekan Tenghilan, Tuaran. Pengalaman beliau melaksanakan kajian tindakan berasaskan Google Sites sekolah serta menyertainya dalam pertandingan telah memberikan inspirasi kepada warga SKeST untuk membangunkan portal sendiri dan meneroka penyertaan dalam pertandingan kajian tindakan pada masa hadapan. Melalui bimbingan dan perkongsian dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), kandungan serta susun atur “Citra Digital SKeST” dapat disusun dengan lebih terancang dan sistematik.
Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengoptimumkan penggunaan ID DELIMa, Puan Saria Bandan, selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum, turut mencadangkan agar ID DELIMa yang dibekalkan dimanfaatkan secara menyeluruh. Cadangan ini merangkumi penggunaan ID PGB serta akaun berkaitan pengurusan sekolah, iaitu CM1 bagi laman sekolah, CM4 bagi pentadbiran, CM5 bagi hal ehwal murid, CM6 bagi kokurikulum, CM7 bagi panitia dan CM8 bagi pengurusan sesi petang.
Cadangan tersebut direalisasikan melalui pembangunan dan penggabungjalinan sebuah laman utama dengan lima laman sokongan menggunakan Google Sites. Kesemua laman ini saling dihubungkan melalui “Citra Digital SKeST” bagi memudahkan akses kepada maklumat dan pengurusan bidang berkaitan. Pendekatan ini memperluas fungsi portal sebagai pusat rujukan digital sekolah, di samping menggalakkan penggunaan ID DELIMa secara lebih berkesan.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), usaha memperluas penggunaan digital dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran turut diberikan perhatian. Puan Hashimah Yon, selaku Guru Penolong Kanan Petang, telah mencadangkan pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian elektronik (eRPH) melalui Google Classroom menggunakan ID DELIMa.
Bagi menyokong pelaksanaan tersebut, beliau telah mengundang Cikgu Anne Liuh, guru ICT SK Rugading yang berpengalaman dalam pengurusan eRPH menggunakan Google Classroom, untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu dan kolaborasi bersama warga pendidik SKeST. Inisiatif ini memperkukuh peranan “Citra Digital SKeST” pada tahun 2025, di samping memperluas penggunaan ID DELIMa dalam kalangan guru. Semoga usaha ini terus dilaksanakan secara terancang, teratur dan berterusan.
Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah atas peluang yang diberikan kepada Puan Masmun binti Hj. Basri untuk menyertai program MyDigital Leaders. Penghargaan juga ditujukan kepada Tuan Awang Seman bin Ag Tahir, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, atas sokongan berterusan terhadap usaha pembangunan laman sesawang “Citra Digital SKeST”.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SKeST serta semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan pembangunan portal ini. Sumbangan idea, bimbingan, kepakaran dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Semoga “Citra Digital SKeST” terus berkembang sebagai medium yang menyokong pengurusan sekolah, perkongsian maklumat serta pembudayaan pendidikan digital demi kecemerlangan warga SK Selupoh.
“SKeST Aranggoi”
“Togetherness Towards Excellence”
Sekian, terima kasih.
Pentadbir Laman Sesawang
Citra Digital SKeST
SK Selupoh, Tuaran
Mantan GURU BESAR SK SELUPOH TUARAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua. Salam SKeST Aranggoi.
Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya, kita dapat bersama-sama melancarkan laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Selupoh, Tuaran yang dikenali sebagai "Citra Digital SKeST".
"Citra Digital SKeST" adalah nama yang khusus, sangat menarik dan dinamik! Ia memberikan gambaran bahawa laman Google Sites tersebut akan menjadi cerminan digital sekolah, yang mewakili Sekolah Kebangsaan Selupoh Tuaran. Ianya menggabungkan identiti sekolah, "SKeST", dengan konsep "Citra Digital", yang menunjukkan bahawa platform tersebut merangkumi maklumat penting, aktiviti murid, pencapaian akademik, dan pelbagai inisiatif digital lain dengan menjadikannya pusat informasi yang canggih dan mudah diakses.
Nama ini mencerminkan transformasi sekolah ke arah penggunaan teknologi digital yang lebih meluas, memberi kesan profesional serta moden, sesuai dengan usaha pendigitalan sekolah dan relevan untuk pendidikan masa kini.
Ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bagi sekolah kita dalam usaha mendekatkan warga sekolah, ibu bapa, dan masyarakat dengan segala informasi serta perkembangan yang berlaku di sekolah ini.
“Citra Digital SKeST” ini bukan sahaja akan menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat, malah juga wadah untuk mempamerkan pelbagai pencapaian murid, program sekolah, serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Dengan adanya laman web ini juga, komunikasi antara pihak sekolah, ibu bapa, komuniti serta pihak yang berkepentingan dapat dipertingkatkan.
Akhir kata, saya berharap agar semua warga sekolah serta para ibu bapa dapat memanfaatkan sepenuhnya “Citra Digital SKeST” ini. Bersama-sama kita jadikan laman web ini sebagai satu jambatan ilmu dan wadah untuk memperkukuhkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Selupoh.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang benar,
Masmun binti Basri
Mantan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Selupoh, Tuaran.
Berikut merupakan google site yang memberikan inspirasi dan 'benchmark' dalam pembikinan serta kerjasama dalam pembikinan laman sesawang Citra Digital SKeST.
Berikut individu luar sekolah yang memberikan inspirasi dan bimbingan dalam pembikinan serta kerjasama dalam pembikinan laman sesawang Citra Digital SKeST.
EN. AHMAD SYAFIQ ADNAN
GURU SK Sg Durian (SeSDIAN), PONTIAN, JOHOR
EN. MOHD RAZLEY
GURU SK Sg DAMIT, TUARAN, SABAH
PN. NURSABRINA SAINUDIN
GURU SK PEKAN TENGHILAN, TUARAN, SABAH
PN. ANNE LIUH
GURU SK RUGADING, TUARAN, SABAH