Unit Kokurikulum SK Seksyen Enam bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti kokurikulum merangkumi badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan bagi membangunkan potensi murid secara menyeluruh selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
Melalui struktur pengurusan yang tersusun dan kerjasama erat antara semua unit kokurikulum, Unit Kokurikulum SK Seksyen Enam berusaha memastikan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dijalankan secara terancang, berkesan dan berfokus kepada pembentukan sahsiah, kepimpinan serta kemenjadian murid.