SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
SK Rantau Panjang merupakan sekolah Melayu pertama yang dibina di kawasan Rantau Panjang. Ianya dibina pada tahun 1929 berhampiran dengan landasan keretapi secara gotong-royong yang diusahakan oleh En Nik Lodin B. Nik Mat selaku Penggawa
Rantau Panjang pada masa itu. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang murid sahaja.
Pada tahun 1933 sekolah ini telah berpindah ke kawasan yang lebih luas bersebelahan dengan Balai Polis Rantau Panjang dan semasa pendudukan British di Tanah Melayu ianya telah ditukar nama kepada "Sekolah Umum". Pada tahun 1968, bangunan kekal telah didirikan yang mempunyai 9 bilik darjah dan pada 25 Ogos 1969 sekolah ini telah dirasmikan oleh YBrs Dato' Hj. Ab. Rahman Yaacob selaku Menteri Pelajaran pada masa itu.
Pada tahun 1970 sekali lagi sekolah ini mendapat bangunan baru akibat selaras dengan pertambahan murid dan nama sekolah juga telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Pada tahun 2002, bangunan baru 2 blok 3 tingkat dibina bagi menampung jumpah pelajar yang semakin ramai. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 2003.