“Tahun 2026 menuntut kita bergerak lebih fokus, berstrategi dan berimpak selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) yang menekankan mutu pendidikan, pembinaan sahsiah dan kepimpinan masa hadapan. Warga sekolah perlu berganding bahu memperkukuh PdP berimpak tinggi, memanfaatkan analisis data, mengintegrasikan teknologi serta membina budaya sekolah yang positif agar setiap murid dapat berkembang secara holistik dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dengan komitmen, integriti dan semangat kerja berpasukan, saya yakin kita mampu melakar kecemerlangan yang berterusan serta menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang progresif, berdaya saing dan menjadi kebanggaan komuniti.”