Sistem Pengurusan IDentiti (IdMe) adalah sistem menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Cara Daftar idMe KPM
Untuk mendaftar ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Layari laman web https://idme.moe.gov.my/.
Klik ‘Daftar Baru’ untuk pengguna yang tidak mempunyai akaun.
Isikan semua maklumat yang disediakan (maklumat yang bertanda * adalah wajib untuk diisi).
Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruang yang disediakan.
Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang ‘Reset’ untuk reset semula maklumat pengguna