Untuk tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan ujian kompetensi digital menerusi Digital Competency Score (DCS).
Digital Competency Score (DCS) merupakan ujian terhadap murid berbentuk gamifikasi (gamification) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan kewarganegaraan digital.
Pelaksanaan ujian ini adalah selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).
Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016-2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM, dan penilaian murid berasaskan keberhasilan.
Tambahan pula, pada tahun 2022, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali kolej tingkatan 6.
Untuk login dan menjalankan ujian ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Layari portal http://dcs.moe.edu.my.
Login menggunakan no kad pengenalan atau MyKid murid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan.
Untuk menjawab ujian ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=7oeoXmjLTQc
Kredit : Cikgu Rashid