Selamat Datang ke Portal Rasmi SK Pulau Indah sesi 2024/2025
UNIT KURIKULUM SK PULAU INDAH
Program aWAD? (a Word A Day)? merupakan satu program yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid tentang kepelbagaian kosa kata Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membudayakan 4 kemahiran utama dalam mempelajari 3 bahasa tersebut iaitu kemahiran mendengar (مهارات الاستماع), kemahiran bertutur (مهارات الكلام), kemahiran membaca (مهارات القراءة) dan kemahiran menulis (مهارات الكتابة). Murid juga dapat mengaplikasikan perkataan baru yang sesuai dengan konteks penggunaannya. Tambahan pula, penggunaan sesuatu perkataan sangat penting kepada murid ketika mempelajari 3 bahasa tersebut. Oleh itu, program yang dicadangkan diharap akan dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik.
UNIT HAL EHWAL MURID SK PULAU INDAH
Program 2S (Sekolahku Syurgaku) merupakan salah satu usaha Unit Disiplin Sekolah Kebangsaan Pulau Indah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah di samping memberi kesedaran kepada murid-murid akan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang murid. Kehadiran murid ke sekolah adalah mempengaruhi peratus pencapaian akademik seseorang murid. Program ini bertujuan meningkatkan kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2024. Pendekatan psikologi dan kaunseling diterapkan dan dititik beratkan berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir ke sekolah.
Melalui pelaksanaan program ini, ianya akan meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah dan sekaligus akan dapat mencapai KPI sekolah. Oleh itu, pada tahun ini dengan bertemakan “Sekolahku Syurgaku” kami mengharapkan program yang dijalankan dan ganjaran yang akan diterima, akan dapat meningkatkan lagi peratus kehadiran murid ke sekolah disepanjang tahun ini.
UNIT KOKURIKULUM SK PULAU INDAH
Program LIKK (Latihan Intensif Kawad Kaki) merupakan salah satu usaha Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Indah bagi meningkatkan peratusan PAJSK murid di samping memberi pendedahan asas kawad kaki kepada murid-murid. Secara tidak langsung juga menunjukkan peningkatan peratusan kehadiran murid kerana murid perlu memberikan komitmen yang penuh untuk memenuhi standard kawad kaki secara berkumpulan dan sekaligus akan dapat mencapai KPI sekolah.